Kuasa usaha adalah seorang diplomat yang berkhidmat sebagai ketua misi kedutaan semasa ketiadaan duta besar. Seseorang kuasa usaha menikmati keistimewaan dan kekebalan seperti seorang duta besar di bawah undang-undang antarabangsa dan lazimnya ini juga berlaku kepada pembantu mereka.[1] Kedudukan kuasa usaha berada di bawah duta besar dan mempunyai keutamaan yang lebih rendah dalam acara diplomatik rasmi.[2]

Kuasa usaha Parsi Mirza Ali Kuli Khan dan isterinya melawat Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson di Rumah Putih pada Mei 1913.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "diplomacy - Modern diplomatic practice | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2021.
  2. ^ "2 FAM 320 Precedence" (PDF). Manual Hal Ehwal Luar Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris). 18 Oktober 2011. Dicapai pada 20 Mac 2016.