Kuih lompang merujuk kepada sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia biasanya berbentuk cawan kecil dengan sedikit lubang / lompang dibahagian tengah. Pada kebiasaannya kuih lompang bewarna-warni. Kuih Lompang merupakan sejenis kuih yang dikukus, dengan itu adalah menyihatkan kerana tidak mempunyai minyak. Kuih Lompang diperbuat dari campuran ramuan tepung beras dan tepung ubi. Boleh didapati dalam warna coklat atau pelbagai warna yang lain. Kuih Lompang merupakan sajian makanan ringan yang dimakan dengan kelapa parut muda yang ditabur diatasnya.

Kuih lompang.
Kuih Lompang
کوءيه لومڤڠ
Kuih kosui in Imbi Pasar
Nama alternatifKuih kosui
JenisKuih
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia tenggara
Masakan berkaitankuih Nyonya
Suhu penghidangansuhu bilik
Bahan utamatepung beras, tepung ubi kayu, air limau, gula melaka, pandan
Hidangan serupaMont kywe the, Kutsinta
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asal sunting

Tidak diketahui.

Nama sunting

Namanya timbul dari bentuk kuih yang mempunyai lompang atau lekukan dibahagian tengah. Ia juga dikenali sebagai kuih kosui[1], atau kuih Kaswi.[2]

Penyebaran sunting

Kuih lompang biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Kuih lompang biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama kerana ia dihidangkan bersama kelapa parut. Kelapa perlu diasingkan untuk disimpan. Pada kebiasaannya ia dihasilkan dengan pelbagai warna bagi menambahkan kemeriahan.

Dalam budaya popular sunting

Kuih lompang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, dan sedap rasanya. Sungguhpun ia mempunyai kelapa yang mungkin meremehkan, ia mudah dijaga agar tidak bersepah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting