Meditasi (kumpulan muzik)

Kumpulan Rock Malaysia
(Dilencongkan dari Kumpulan Meditasi)

Kumpulan Meditasi merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia pada era 1980-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Meditasi
Kulit album kumpulan Meditasi
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Metal Wizard
Berasal dariRaub, Pahang Pahang, Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1984
Syarikat rakaman
P & C 1995 Pustaka Muzik SCS Sdn Bhd
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliBurn - Vokal & Bass
Liey - Gitar Utama
Ucop - Gitar Kedua
Raja Azreen - Dram
Bekas ahliKeff Melissa - Gitar Kedua
Yan - Bass (meninggal dunia)
Man Tobey - Bass (meninggal dunia)
Bonn - Gitar
Atan - Dram

Pada awalnya kumpulan ini menggunakan nama kumpulan Metal Wizard. Kesemua anggotanya merupakan kumpulan pemuda yang kesemuanya berasal dari Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang. Kumpulan Metal Wizard ini yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1984 terdiri daripada Rosli (gitar), Mazlan (gitar), Yan (bass), Danas (keyboard), Razali dan Burn (vokal).

Mereka menjalani latihan muzik bagi meningkatkan prestasi dan mendapatkan bimbingan dan pengawasan daripada kelab LLN dan JKR Raub, Pahang. Berkembang dari itu, mereka mula bergiat aktif membuat persembahan di majlis kahwin atau di funfair sekitar bandar Raub.

Pada tahun 1986, kumpulan Metal Wizard telah menyertai pertandingan Juara-Juara Rock peringkat negeri Pahang yang di anjurkan oleh Dewi Suhana Studio Johor Bharu, dan berjaya menggondol tempat pertama, sekaligus menaikan nama kumpulan Metal Wizard ketika itu di Pahang. Mereka kemudian menyertai Pertandingan Juara Rock Malaysia pada tahun yang sama, bersaing dengan kumpulan May, Desire dan The Kids. Namun, mereka gagal merangkul sebarang hadiah dalam pertandingan tersebut.

Sungguhpun gagal,kumpulan Metal Wizard tetap berkecimpung dalam bidang hiburan, malah giat berlatih disamping menghantar demo pada beberapa syarikat rakaman. Usaha mereka akhirnya berjaya menghasilkan kejayaan apabila mereka telah diterima oleh syarikat rakaman PMI (Perdana Muzikal Industri).

Mereka kemudian mengambil keputusan menukarkan nama kumpulan mereka kepada kumpulan Meditasi. Nama ini diilhamkan oleh Liey (gitaris) yang memilih nama dari kamus, dan juga merupakan judul sebuah lagu yang terdapat dalam album kumpulan Headwind. Nama ini juga digunakan sebagai judul album sulung mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Dalam rakaman tersebut, Raja Azreen telah menggantikan tempat Atan sebagai pemain drum.

Ahli Metal Wizard (1983) sunting

  • Bakaruddin Daud (Burn) - Vokal
  • Rosli Ahmad (Liey) - Gitar
  • Mazlan - Gitar
  • Allahyarham Ahmad Sufian (Yan) - Bes
  • Atan - Dram

Kumpulan ini telah menukarkan namanya kepada Meditasi pada tahun 1989, setelah mendapat tawaran merakamkan album pertama

Ahli muzik di dalam setiap album Meditasi

  1. Album Pertama Meditasi (1990)
  2. Album Kedua Bidadari (1991)
  3. Album Ketiga Realisma (1992)
  • Bakaruddin Daud (Burn) - Vokal
  • Rosli Ahmad (Liey) - Gitar
  • Allahyarham Ahmad Sufian - Bes
  • Raja Azreen - Dram

Ahli muzik di dalam album keempat (Demi Rindu - 1995)

  • Burn Meditasi- Vokal
  • Bonn - Gulitar
  • Man Tobay - Bes
  • Raja Azreen- Dram

Salah seorang ahli asalnya, pemain bass, Ahmad Sufian telah meninggal dunia pada tahun 2006 kerana sakit paru-paru berair.[1]

Album Meditasi (1990) sunting

Album sulung mereka dirakamkan di Studio Channel 11 dan menggunakan nama baru kumpulan tersebut sebagai judul album. Ternyata album sulung mereka itu mendapat sambutan yang hangat dengan jualan mencecah 50 ribu unit, sesuatu yang membanggakan bagi satu album pertama rock. Di antara lagu yang mendapat sambutan adalah Biar Pedih Kasih Memanjang.

Album Bidadari (1991) sunting

Pada tahun 1991, album berikut mereka, "Bidadari", dibebaskan, juga mendapat sambutan yang besar dari peminat mereka, sekaligus memantapkan nama mereka dalam industri hiburan dengan jualan yang mencecah hampir 75 ribu unit. Mereka mendapat sambutan sehingga ke luar negara di Thailand dan pernah membuat persembahan di sana.

Diantara lagu menjadi taruhan dalam album ini ialah "Bidadari" yang menjadi taruhan pertama. Juga album ini memuatkan lagu "Hukuman Pada Pesona".

Album Realisma (1992) sunting

Album ketiga kumpulan Meditasi ini diterbitkan pada tahun 1992, juga di bawah label PMI (Perdana Muzikal Industri). Ini merupakan album terakhir mereka di bawah label tersebut kerana ternyata masalah yang melanda PMI (Perdana Muzikal Industri) sedikit sebanyak turut mengganggu kelancara promosi, dan dengan itu sambutan pada album ketiga mereka ini. Berikutan dengan itu, beberapa anggota kumpulan ini mengundurkan diri, membawa haluan masing-masing.

Album Demi Rindu (1995) sunting

Sungguhpun kehilangan beberapa anggota, kumpulan Meditasi bangkit kembali dan kembali merakamkan album yang berjudul Demi Rindu. Album ini diterbitkan pada tahun 1995 di bawah label syarikat rakam baru mereka, iaitu SCS. 2 anggota asal yang kekal, iaitu Burn dan Raja Azreen, dengan disertai oleh anggota baru Meditasi iaitu Man Tobey dan Bonn masih berupaya menghasilkan muzik yang gah. Ahli kumpulan Meditasi ini masih kekal aktif mengadakan persembahan sehinga kini.


Ahli-ahli sunting

Diskografi sunting

Album sunting

  • Meditasi '90 - (1990)
  • Bidadari '91 - (1991)
  • Realisma '92 - (1992)
  • Demi Rindu '95 - (1995)

Lagu-lagu sunting

Meditasi '90 - (1990) sunting

Album Pertama

  • Debu Berbisa
  • Saat Ini Kau Tiada lagi
  • Kemarau Panjang
  • Hey Hey Hey Meditasi
  • Bisikan Hati
  • Jurang
  • Biar Pedih Kasih Memanjang
  • Protes Terhadap Salman Rushdie (Surah Syaitan)
  • Sayangku
  • Warna Sejarah

Bidadari '91 - (1991) sunting

Album Kedua

  • Bidadari
  • Kehancuran
  • Api Dusta Mu
  • Warisan
  • Konflik
  • Hukuman Pada Pesona
  • Agresif
  • Wajah Peperangan
  • Kepastian
  • Ma Pio

Realisma '92 - (1992) sunting

Album Ketiga

  • Begini Aku Begitu Kau
  • Takdir Menanti
  • Blues 2020
  • Jurang
  • Realisma
  • Tambang Ngarai
  • Mas Toso
  • Bayangan Cinta
  • Gobek Sireh
  • Keagongan Mu

Demi Rindu '95 - (1995) sunting

Album Keempat

  • Rencana Atlantis
  • Sembah Salamku (Ayah Dan Ibu)
  • Kata Tak Bermakna
  • Kemarau Dalam Dada
  • Kerana Cerita
  • Demi Rindu Kita
  • Pelumba Maut
  • Aku Terpaksa
  • Gadis Seribu Satu Malam
  • Debu Tetap Debu

Rujukan sunting

  1. ^ "Usaha jejaki rockers 80-an, ARKIB : 15/03/2013". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-02.

Pautan luar sunting