Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V

Kumpulan Pemantauan Antarabangsa Mindanao 5 (TPA-M 5) merupakan kumpulan ke-5 Kumpulan Pemantauan Antarabangsa Mindanao, yang bertujuan mengembalikan keamanan di kepulauan Mindanao, selatan Filipina. Ia mula beroperasi semula sebagai kesinambungan operasi TPA-M 4 yang ditangguhkan sejak 30 November 2008.

TPA-M 5 diketuai Pengarah Infantri Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Baharum Hamzah bersama 12 anggota termasuk pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tiga pegawai dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota dari Perkhidmatan Awam. Majlis penghantaran TPA-M 5 diadakan di Lapangan Terbang Subang dihadiri oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Mereka berlepas dengan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1 Mac 2010.

Risikan tentera mendapati penglibatan semula Malaysia mengetuai TPA-M V dialu-alukan. Pasukan lain ialah 6 tentera Libya dan 10 anggota Brunei dan Jepun. Jumlah keseluruhan 60 pegawai pemantau.[1] Mereka ditugaskan selama 12 bulan meliputi kawasan Cotabato, Gen San dan Zamboanga.[2]

Rafael Seguis, pengerusi Panel Keamanan Kerajaan Filipina (GRP) menyambut ketibaan pasukan Malaysia di Lapangan Terbang Awang, bandar Cotabato. Mereka diraikan di Hotel Estoran, Cotabato.[3] Pasukan ini akan memantau kemanusian, aspek pembangunan dan kemudahan berdasarkan terma perjanjian keamanan yang baru ditandatangani. Perjanjian damai itu antara Angkatan Tentera Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).[4]

Rujukan sunting