Kumpulan etnolinguistik

Kumpulan etnolinguistik (atau kumpulan etno-linguistik) ialah kumpulan yang disatukan oleh keetnikan dan bahasa yang sama. Kebanyakan kumpulan etnik berkongsi bahasa pertama.[1][2] Walau bagaimanapun, istilah ini sering digunakan untuk menekankan bahawa bahasa adalah asas besar bagi etnik dalam kumpulan ini, terutamanya yang berkaitan dengan jirannya.

Konsep pusat dalam kajian linguistik berkenaan kumpulan etnolinguistik ialah vitaliti etnolinguistik, kemampuan bahasa dan keetnikan kumpulan tersebut untuk melestarikan diri.[3] Kumpulan etnolinguistik yang tidak mempunyai vitaliti sebegitu tidak mungkin dapat bertahan sebagai entiti yang berbeza. Faktor yang mempengaruhi vitaliti etnolinguistik ialah demografik, kawalan institusi, dan status (termasuk faktor perancangan bahasa).[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fishman, Joshua A.; García, Ofelia (2010). Handbook of Language and Ethnic Identity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 12. ISBN 9780195374926.
  2. ^ Holloman, Regina E.; Arutiunov, Serghei A. (1978-01-01). Perspectives on Ethnicity (dalam bahasa Inggeris). Walter de Gruyter. m/s. 244. ISBN 9783110807707.
  3. ^ "Ethnolinguistic Vitality". Encyclopedia of Language & Linguistics. 2006. m/s. 246–249.
  4. ^ Bourhis, R. Y.; Giles, H.; Rosenthal, D. (1981). "Notes on the construction of a 'subjective vitality questionnaire' for ethnolinguistic groups". Journal of Multilingual and Multicultural Development. 2 (2): 145–155. doi:10.1080/01434632.1981.9994047.

Bacaan lanjut sunting