Lagu Perpaduan Malaysia

Pada 8 Ogos 1985, telah berlangsung pelancaran Projek Lagu Perpaduan Malaysia yang telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Siti Hasmah Mohamad Ali, di Hotel Merlin, Kuala Lumpur. Projek ini telah diusahakan oleh Jabatan Perpaduan Negara (JPN) sejak awal tahun 1984 dengan kerjasama beberapa buah agensi kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran dan Rdio Televisyen Malaysia (RTM). Sebanyak 18 buah lagu tradisional telah dikumpulkan di dalam album kaset ini. Antara lagu-lagu tersebut ialah Enjit-enjit Semut, Suriram, Jingli Nona dan banyak lagi.

Lagu-lagu tersebut merupakan dendangan Andre Goh, Julie Sudiro, Johari Salleh, SM Salim dan ramai lagi. Album kaset ini dijual dengan harga RM3 dan disertakan dengan buku nota muzik dan seni kata. Pada awalnya, sebanyak 10,000 keping kaset telah diterbitkan. Kos penerbitan 7,000 keping kaset ditaja oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan selebihnya ditanggung oleh Jabatan Perpaduan Negara. Dr. Siti Hasmah pula meminta pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan penguasa tempatan menimbangkan syarat mewajibkan lagu-lagu perpaduan Malaysia diperdengarkan tempat-tempat hiburan di negara ini.

Sesungguhnya, lagu-lagu menyemaikan semangat cintakan negara dan memupuk identiti Malaysia perlu diperkembangkan di kalangan masyarakat tempatan dan luar negeri justeru itu perluasan dan pemujaan keatas lagu-lagu asing perlu dikurangkan.

Rujukan sunting