Landmark 81, yang dimiliki oleh Vinhomes, sebuah syarikat pembangunan hartanah dari Vietnam, merupakan sebuah pencakar langit 81 tingkat di atas tanah dan 3 tingkat bawah tanah, yang terletak di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Bangunan ini direka oleh Atkins.[1], dan terletak di daerah perniagaan 1 dari bandar. Upacara peletakan batu pertama diadakan pada bulan 13 Disember 2014. Bangunan ini dibuka secara rasmi pada 27 Julai 2018 sebagai meraikan ulang tahun ke-25 pemiliknya, Vingroup.

Landmark 81
ليندمارك 81
Informasi
Lokasi Bandar Ho Chi Minh, Vietnam
Status Siap dibina
Dibina 2014-2018
Kegunaan Pejabat
Ketinggian
Bumbung 461.2m
Tingkat teratas 461.2m
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 81 (dan 3 dibawah tanah)
Keluasan tingkat 241,000 sq. m
Bilangan lif 29
Syarikat
Arkitek Atkins

Kini, Landmark 81 merupakan bangunan tertinggi di Vietnam selepas Landmark 72, bangunan kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas KL118 di Kuala Lumpur, Malaysia dan bangunan ke-17 tertinggi di dunia.

Rujukan sunting

  1. ^ "Landmark 81". The Skyscraper Center. Council on Tall Buildings and Urban Habitat. Dicapai pada May 15, 2015.