Lebuhraya Jerangau-Jabor

Lebuhraya Jerangau–Jabor, Jalan Persekutuan 14 merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang.[3] Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3 - sementara jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.[4]

Laluan Persekutuan 14
Lebuhraya Jerangau–Jabor
Jalan Kuala Berang (Malaysia Federal Highway 14), Kampung Merbau Patah 20240227 121851.jpg
Maklumat laluan
Panjang179.6 km (111.6 mi)
Wujud1977[1]–kini
SejarahSiap pada tahun 1979[2]
Simpang utama
Hujung utaraKuala Terengganu, Terengganu
Persimpangan utama Tabliczka AH18.svg AH18 Jalan Pintasan Kuantan
Tabliczka AH141.svg AH141 Jalan Pintasan Gebeng
Jalan Semambu
E8 Lebuhraya Pantai Timur
Laluan Persekutuan 126
Jalan Air Putih
Laluan Persekutuan 124
Jalan Ketengah Jaya
Laluan Persekutuan 128
Jalan Dungun-Bukit Besi
Jalan FELDA Mengkawang-Bukit Diman
Laluan Persekutuan 106
Lebuhraya Bukit Payung-Telemung
Tabliczka AH18.svg AH18 Laluan Persekutuan 3
Hujung southJalan Pintasan Kuantan,
Kuantan Pahang
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Berang
Ajil
Jerangau
Bukit Besi
Bandar Al-Muktafi Billah Shah
Bandar Chenih Bahru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Latar belakang laluan dan ciri-cirinya sunting

Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merupakan pasangan pedalaman bagi Jalan Persekutuan 3 jajaran Terengganu,[4] dengan kilometer sifarnya terletak di persimpangannya dengan Jalan Pintasan Kuantan FT3. Jarak antara Kuantan dengan Kuala Terengganu melalui kedua-dua jalan FT14 dan FT3 adalah lebih kurang sama (200 km), tetapi perjalanan melalui lebuh raya FT14 lebih pantas kerana kurang bandar yang dilaluinya. Terdapat tiga buah kawasan rehat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, iaitu R&R Bandar Cheneh Baharu, R//R Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan R&R Bukit Besi.[4]

Sejarah sunting

 
Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 di Air Putih, Terengganu.

Projek Lebuhraya Jerangau-Jabor mula diumumkan pada tahun 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak semasa pelancaran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).[5] Lebuh raya tersebut dibina bagi mempercepatkan pembangunan kawasan mundur di pedalaman Terengganu, sebagaimana peranan Lebuhraya Tun Razak FT12 terhadap Pahang. Sebelum kewujudan Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, Jalan Persekutuan 3 merupakan satu-satunya jalan persekutuan utama yang melalui Terengganu. Pembinaan lebuh raya FT14 telah menyebabkan banyak jalan persekutuan dan negeri yang dibina bagi menghubungkan antara kedua-dua lebuh raya FT14 dan FT3. Dua batang jalan raya membentuk laluan perintis bagi Jalan Persekutuan 14, iaitu Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang FT14/FT106 dand Jalan Ajil-Dungun FT14/FT132.[4] Pembinaan dimulakan pada tahun 1977[1] dan siap pada tahun 1979.[2]

Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sangat terkenal kerana kegagalan pramatang permukaan yang sering berulang sejak di peringkat pembinaan lagi.[6] Banyak jajaran di sepanjang jalan yang berlubang di sana-sini sehingga mendedahkan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan.[7] Lori-lori lebih muatan dipersalahkan terhadap kerosakan permukaan jalan raya, memandangkan kebanyakan daripadanya tidak mematuhi had berat gandar maksimum 9 tan.[6] Ketiadaan penguatkuasaan menambah parah keadaan, dibuktikan dengan hanya satu sahaja stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan di sepanjang lebuh raya.[4] Jika dibandingkan, Lebuhraya Tun Razak FT12 yang lebih pendek pula mempunyai dua buah stesen penguatkuasaan.[8]

Sejak Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1979, ia berfungsi sebagai laluan tulang belakang utama dari Pahang ke Terengganu. Namun, setelah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8 dibuka, kadar aliran trafik harian bagi Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merosot sehingga 80%.[4] Akibatnya, banyak pekan dan bandar di sepanjang lebuh raya FT14 yang selama ini bergantung kepada pengguna lebuh raya yang lalu-lalang sebagai sumber pendapatan utama seperti Ajil kini berdepan dengan ancaman kemerosotan perniagaan sehingga 40%.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keempat, Penggal Kedua" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 1976-12-06. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Kedua" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 2010-06-22. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Senarai Jalan Persekutuan Utama (Melayu) - Kementerian Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 2015-02-28.
  4. ^ a b c d e f "XPDC Teganu Kita 2015 Part 3: Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 dan sejarahnya" (dalam bahasa Malay). Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-02-18. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)" (dalam bahasa Malay). Arkib Negara Malaysia. 2012-02-21. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kelima, Penggal Ketiga" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 1981-10-21. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Baik pulih laluan Jerangau-Jabor" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 2014-08-02. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Segamat-Kuantan-KL Part 1: Lebuhraya Tun Razak FT12" (dalam bahasa Malay). Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-06-28. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Bandar baru bakal 'hidupkan' semula ekonomi di Ajil" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 2012-10-17. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)

Lihat juga sunting