Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37 adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.

Lebuhraya E37
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
Maklumat laluan
Diselenggara oleh ANIH Berhad
Panjang8.0 km (5.0 mi)
Wujud1977–kini
SejarahSiap pada tahun 1979
Simpang utama
Hujung utaraJalan Istana, Kuala Lumpur
Persimpangan utamaJalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur
E9 Lebuhraya Sungai Besi
E38 Terowong SMART
E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
E10 Lebuhraya Baru Pantai
E20 Lebuhraya Maju
E5 Lebuhraya Shah Alam
Lebuhraya Bukit Jalil
E2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan
Hujung selatanPlaza tol Sungai Besi
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Lumpur, Sungai Besi, Taman Desa, Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Kompleks Sukan Negara, Seremban, Melaka, Johor Bahru
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Plaza Tol Sungai Besi adalah plaza tol terbesar di Malaysia.

Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai E2 memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.

Baru-baru ini, lebuh raya ini diberikan kod laluan E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.

Sejarah sunting

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan  . Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.

Senarai persimpangan sunting

(Jambatan Sungai Kuyoh)

(Jambatan Sungai Kerayong)

Pautan luar sunting

  • ANIH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)