Liase ("enzim lisis") ialah enzim yang memangkinkan pembelahan (tindak balas penyingkiran) pelbagai ikatan kimia dengan cara selain daripada hidrolisis (tindak balas penggantian) dan pengoksidaan, dan selalunya membentuk ikatan ganda dua baharu atau struktur gelang baharu.[1] Tindak balas terbalik juga mungkin (tindak balas Michael). Sebagai contoh, enzim yang memangkinkan tindak balas di bawah ialah liase:

ATPcAMP + PPi

Liase berbeza daripada enzim lain kerana ia memerlukan hanya satu substrat untuk tindak balas dalam satu arah, tetapi dua substrat untuk tindak balas terbalik.

Rujukan sunting

  1. ^ "Lyase". www.uniprot.org.