Liga Juara-Juara OFC

Liga Juara-Juara OFC, juga dikenali sebagai Liga-O, ialah perlawanan bola sepak kelab kelas benua utama di Oceania. Kejohanan ini diawasi oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania atau disingkat OFC (Oceania Football Confederation), persekutuan induk bola sepak Oceania. Awalnya bermula dengan nama Kejohanan Kelab Oceania (Oceania Club Championship) dari tahun 1987 sehingga 2006, ketika pasukan bola sepak paling besar iakni Australia memilih menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia. Selepasnya rencana kejohanan ini diubah suai pada tahun 2007 dan setakat 2023, perubahannya belum terlalu menyilih dibanding tahun-tahun yang lampau.

Liga Juara-Juara OFC
Fail:Ofc-champions-league-logo-(2013).png
Badan penganjuranOFC
Ditubuhkan1987; 37 tahun yang lalu (1987)
KawasanOceania
Jumlah pasukan16 (peringkat kumpulan)
18 (kejohanan sebenar, dari 11 negara persekutuan)
Layak kePiala Dunia Kelab FIFA
Juara semasaNew Zealand Auckland City FC (11 gelar)
(2023)
Pasukan paling berjayaNew Zealand Auckland City FC (11 gelar)
Penyiar televisyenEleven Sports (live streaming)
Laman sesawangTapak web rasmi
Liga Juara-Juara OFC 2024

Empat gelaran Kejohanan Kelab pertama dimenangi oleh kelab-kelab dari Australia. Semenjak berpindahnya Australia, 13 kejohanan OFC telah dimenangi oleh kelab dari New Zealand. Hanya dua kelab dari dua negara sahaja yang mampu memenangi piala selain daripada New Zealand. Papua New Guinea oleh Hekari United dan New Caledonia yang dimenangi Hienghéné sports.

Piala bagi pemenang kejohanan OFC dibina oleh seorang ahli seniperak yang berpangkalan di London, England bernama Thomas Lyte.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "New silverware awarded for victors". Oceania Football Confederation. 19 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 3 August 2022.