Lima, ialah ibu negari Provinsi Lima, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Peru. Bandaraya ini ialah pusat kebudayaan dan ekonomi bagi negara ini. Lima terletak di Lembah-lembah Sungai Chillón, Rímac dan Lurín. Ia terletak di pesisir pantai yang menghadap Teluk Lima di Lautan Pasifik iaitu tempat di mana pelabuhan bandaraya ini dibina dan diberi nama Callao.

Lima
Pemandangan udara Lima, dilihat daripada pesisir pantai Miraflores.
Pemandangan udara Lima, dilihat daripada pesisir pantai Miraflores.
Pemandangan udara Lima, dilihat daripada pesisir pantai Miraflores.
Bendera Lima
Bendera
Mohor rasmi bagi Lima
Mohor
Nama samaran: Bandaraya Raja-Raja
Lokasi di dalam Wilayah Lima
Lokasi di dalam Wilayah Lima
Lokasi di dalam Wilayah Lima
Koordinat: 12°2.6′S 77°1.7′W / 12.0433°S 77.0283°W / -12.0433; -77.0283
Negara Peru
Wilayah Wilayah Lima
Provinsi Provinsi Lima
Didiami 1535
Kerajaan
 - Datuk Bandar Luis Castañeda Lossio
Ketinggian 0 - 5,079 kaki (−1,548 m)
Kepadatan (2006)[1]
 - Bandar 7,819,436 1
 - Kaw. perbandaran 7,629,407
 - Metro 9,241,961 2
Zon masa UTC (UTC-5)
 - Musim panas (DST) PDT (UTC-4)
Laman web: www.munlima.gob.pe

Lima diasaskan oleh orang Sepanyol yang bernama Francisco Pizarro pada 18 Januari 1535, sebagai Bandar Raja-Raja. Ia menjadi bandar terpenting dalam Pentadbiran Sepanyol Peru, sebuah kawasan pentadbiran yang meliputi kebanyakan tanah jajahan Sepanyol di Amerika Selatan sewaktu penjajahan Sepanyol ke atas benua Amerika (pertengahan tahun 1500-an sehingga awal 1800-an). Buat lebih daripada tiga abad, Lima ialah metropolis terbesar di Amerika Selatan. Sekarang hampir satu pertiga daripada populasi negara Peru tinggal di bandaraya ini.

Demografi sunting

Demografi bangsa-bangsa dan kaum bagi Bandaraya Lima adalah:

  • 57% Mestizo (campuran keturunan Europah, Indian Amerika dan Afrika)
    • 75% Campuran Sepanyol/Indian Amerika
    • 20-25% Campuran Sepanyol/Afrika (mulatto) dan Afrika/Indian Amerika (zambo)
  • 20% Kulit putih
    • 66% Sepanyol
    • 33% Itali, Jerman, atau keturunan Eropah lain
  • 15% Indian Amerika
    • 75% Quechua
    • 25% Aymara atau lain-lain
  • 5% Asia (Cina, Jepun, atau keturunan Asia lain)
  • 3% Kulit hitam

Bandaraya-bandaraya berkembar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ [1]

Pautan luar sunting