Linopot merupakan makanan tradisional suku kaum Kadazandusun dan Rungus di Sabah.

Pengenalan sunting

Linopot merupakan nasi yang dibungkus menggunakan daun Tarap atau daun Doringin. Penggunaan daun Tarap atau Doringin dalam penyediaan makanan ini akan menyebabkan nasi yang dibungkus mempunyai bau harum semula jadi. Padi yang digunakan dalam membuat Linopot ini ialah padi bukit kerana pada masa dulu, kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan menananam padi bukit. Mereka membuat hidangan ini untuk dijadikan bekal ketika bekerja

Cara Penghidangan sunting

Makanan ini biasanya dimakan bersama dengan makanan tradisi lain seperti Tuhau, Hinava, Bambangan, Bosou dan lain-lain mengikut selera masing-masing.

 
Antara cara penghidangan Linopot