Little Kitty, Big City

permainan video terbitan tahun 2024

Little Kitty, Big City ialah permainan video pengembaraan dan terbitan perdana daripada pembangun indie daripada Amerika Syarikat, Double Dagger Studio. Pemain memainkan watak protagonis sebagai kucing yang kepeningan di dalam bandar, dengan misi utama bagi pulang ke rumah tuannya. Ia dikeluarkan untuk platform Nintendo Switch, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S pada 9 Mei 2024.

Little Kitty, Big City
Fail:Little Kitty Big City Cover.png
PembangunDouble Dagger Studio
PenerbitDouble Dagger Studio
PengarahMatt T. Wood
KomposerRiley Koenig
EnjinUnity Sunting ini di Wikidata
Platform
Pelepasan9 Mei 2024
GenrePengembaraan
ModPemain tunggal

Gaya permainan sunting

Little Kitty, Big City ialah permainan video pengembaraan berlatar kawasan perbandaraan besar di Jepun yang mana pemain, memerankan seekor baka kucing berwarna hitam yang bela jinak, kucing yang dimainkan harus secepatnya pulang agar tuannya tidak merasa khawatir. Selama mengembara mencari jalan untuk pulang, kucing dapat berbuat hal sebagaimana lazimnya perbuatan kucing semisal menangkap tikus, melompat ke dinding, mencari makanan di tin sampah, mencuri ikan, dan bertarung dengan kucing lain.[1][2][3] Pemain dapat berinteraksi dengan haiwan lain, memakaikan baju kepada kucing dan menamatkan beberapa misi ranting.[4][5][6]

Pembangunan dan pengeluaran sunting

Pada satu wawancara bersama KING-TV, penubuh Double Dagger Studio, Matt Wood berkata bahawa ia terinspirasi dari kucing-kucingnya, Mario dan Roxy dengan anak keturunannya.[7] Pada bulan November 2021, studio indie itu mengumumkan pembangunan permainan video perdana mereka di pentas Wholesome Snack.[3][8]

Pada pentas Indie World 19 April 2023, diumumkan bahawa ia akan dikeluarkan sebagai permainan utama untuk platform Nintendo Switch.[9] Sebuah demonstrasi permainan dikeluarkan pada Summer Game Fest 2023, yang mana versi permainan akan terbit pada awal 2024 untuk Nintendo Switch, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S.[10][11][12][13]

Little Kitty, Big City rasmi diterbitkan untuk Nintendo Switch, Windows, Xbox One, dan Xbox Series X/S pada 9 Mei 2024, dan dikeluarkan untuk Xbox Game Pass di hari yang sama.[14] Permainan ini laris 100,000 salinan, dua hari setelah pengeluaran rasmi.[15]

Bon sunting

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
MetacriticPC: 80/100[16]
NS: 83/100[16]
XBSX: 75/100[16]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Game Informer8/10[17]
IGN7/10[18]
PC Gamer US89/100[19]

Little Kitty, Big City mendapat ulasan "baik" dari beberapa ahli kritik, seperti laman web Metacritic.[16] Wesley LeBlanc dari Game Informer memuji mekanikal permainan ini yang berbeza dari permainan kanak-kanak lainnya, sedangkan Imran Khan dari IGN merasa puas dengan grafiknya, tetapi sedikit kecewa dengan tetapan kamera. Maddi Chilton dari PC Gamer berkata bahawa "biasanya pemain akan merasa ruang dalam permainan ini kurang besar, tetapi tajuk ini dengan pandainya membuat kita merasa kecil di sebuah bandar yang sangat luas."[19]

Rujukan sunting

  1. ^ Plunkett, Luke (November 15, 2021). "I Want To Play The Cat Game Right Now". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  2. ^ Romano, Sal (November 13, 2021). "Adventure game Little Kitty, Big City announced for console, PC". Gematsu. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  3. ^ a b Smith, Graham (November 13, 2021). "Little Kitty, Big City looks like the adorable cat game I crave". Rock, Paper, Shotgun. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  4. ^ Finley, Brittni (November 13, 2021). "Little Kitty, Big City Is Reminiscient of Untitled Goose Game". Game Rant. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  5. ^ Bellingham, Hope (November 15, 2021). "Little Kitty, Big City gives us the same chaotic vibes as Untitled Goose Game". GamesRadar+. Diarkibkan daripada yang asal pada November 15, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  6. ^ Wald, Heather (31 January 2022). "25 indie games to look out for in 2022". GamesRadar+ (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 16, 2022. Dicapai pada 16 February 2022.
  7. ^ Meny, Ellen (January 19, 2022). "A Bellevue man is creating a video game where you play as a cat". KING-TV. Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 2022. Dicapai pada January 28, 2022.
  8. ^ Innes, Ruby (November 15, 2021). "Finally, A Game That Lets You Be A Silly Little Cat Doing Silly Little Things". Kotaku Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada November 16, 2021. Dicapai pada November 16, 2021.
  9. ^ Romano, Sal (19 April 2023). "Little Kitty, Big City adds Switch version". Gematsu. Dicapai pada 21 April 2023.
  10. ^ Romano, Sal (13 June 2023). "Little Kitty, Big City adds Xbox Series, Xbox One versions". Gematsu. Dicapai pada 16 June 2023.
  11. ^ Reynolds, Ollie (14 June 2023). "Hands On: This Kitty Turned Out To Be Our Biggest Summer Game Fest Surprise". Nintendo Life. Dicapai pada 16 June 2023.
  12. ^ Aitken, Lauren (20 June 2023). "Little Kitty, Big City is like Untitled Goose Game for cat fanciers". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 September 2023.
  13. ^ West, Josh; Loveridge, Sam (20 June 2023). "15 Steam Next Fest demos that you shouldn't skip". GamesRadar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 September 2023.
  14. ^ Bošnjak, Dominik (9 May 2024). "Xbox Game Pass Adds Day-One Open-World Game". Game Rant (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 May 2024.
  15. ^ Kerr, Chris. "Little Kitty, Big City tops 100,000 sales in two days". Game Developer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 May 2024.
  16. ^ a b c d "Little Kitty, Big City". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). Fandom, Inc. Dicapai pada 9 May 2024.
  17. ^ LeBlanc, Wesley (9 May 2024). "Little Kitty, Big City Review - Feline Fun". Game Informer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 May 2024.
  18. ^ Khan, Imran (9 May 2024). "Little Kitty, Big City Review". IGN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 May 2024.
  19. ^ a b Chilton, Maddi (9 May 2024). "Little Kitty, Big City review". PCGamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 May 2024.