Loji Rawatan Air Salak Tinggi

Loji Rawatan Air Salak Tinggi terletak di daerah Sepang membekalkan air bersih kepada penduduk di sekitar Pekan Salak, Kampung Salak Tinggi, Kampung Giching, Kampung Baharu Lanjut, Kampung Labu Lanjut serta kawasan-kawasan perumahan yang berhampiran. Loji ini adalah salah satu daripada loji rawatan air di bawah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Loji ini mengestrak air mentah untuk dirawat daripada Sungai Labu melalui fasiliti Muka Sauk Labu Lanjut kemudian menghantar air mentah sejauh 7km untuk dirawat menjadi air bersih. Anggaran jumlah akaun pengguna yang menggunakan air daripada Loji Rawatan Air Salak Tinggi adalah sekitar 3,200 akaun iaitu kira-kira 16,000 jumlah penduduk di kawasan sekitar seperti yang telah dinyatakan.