Lufti Abas (lahir 17 Januari 1937) adalah ahli bahasa serta penulis Indonesia yang pernah menyandang jawatan tetap sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau juga pernah merupakan Profesor Madya di Universiti Brunei Darussalam.

Lufti Abas. Gambar kenangan yang diambil sebelum tahun 1976.

Dilahirkan di Palembang, Indonesia, Lufti memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Padjadjaran di Bandung, Indonesia, dan ijazah Saujana Sastera dari Universiti Indiania di Amerika Syarikat.


Karya sunting

Buku sunting

  • 1967: Pengantar Linguistik dan Tatabahasa Bahasa Indonesia, Jajasan Penerbitan Universiti Padjadjaran, Bandung
  • 1968: Latihan Imbuhan Bahasa Melayu Indonesia, Zaman Baru, Petaling Jaya
  • 1971: Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
  • 1973: Bahasa Malaysia Baru (Tingkatan Satu, Dua & Tiga), Penerbitan Jauh Timur Mc Graw Hill (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
  • 1974: Bahasa Malaysia Baru (Tingkatan Peralihan), Penerbitan Jauh Timur Mc Graw Hill (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
  • 1976: Tatabahasa Perbandingan, Bahasa-bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Esei sunting

Antara beberapa puluh esei yang ditulis oleh Lufti Abas termasuk:

  • Mac 1971: Dapatkah Orang Indonesia Memahami Bahasa Malaysia? Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Feb 1973: Surealisme, Dewan Sastera
  • Apr 1973: Sebuah Sajak Noor S. I., Dewan Sastera
  • Ogo 1973: Bentuk dan Isi Sajak, Dewan Sastera
  • Feb 1975: Rangkapan dan Rakaman Rasa Warna Maya, Dewan Sastera
  • 1995: Kritik Karya Sastera sebagai Karya Seni, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan sunting

  • Lufti Abas. Tatabahasa Perbandingan, Bahasa-bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris, 1976, Dewan Bahasa dan Pustaka