Lukisan Ratu Kidul

filem Indonesia

Lukisan Ratu Kidul merupakan filem hantu Indonesia yang mula ditayangkan pada 4 April 2019 diarahkan oleh Ginanti Rona. Filem ini dibintangi oleh Teuku Zacky, Ussy Sulistiawaty, dan Wafda Saifan sebagai pelakon utama. Filem ini diilhami dari legenda lukisan sosok Nyai Roro Kidul.[1]

Lukisan Ratu Kidul
PengarahGinanti Rona
PenulisHusein M. Atmodjo
Dihasilkan olehManoj Punjabi
Dheeraj Kalwani
Dibintangi
SinematografiPatrick Tashadian
Disunting olehFirdauzi Trizkiyanto
Muzik olehRicky Lionardi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMD Pictures
Tarikh tayangan
Indonesia 4 April 2019
Masa tayangan
90 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Sinopsis sunting

Dimas (Teuku Zacky) dan Satria Soedibyo (Wafda Saifan) sebenarnya mempunyai banyak persoalan apabila bapa mereka meninggal dunia: datuk mereka; Rusdi Soedibyo merupakan seorang pelukis terkenal pada tahun 80-an, tentang kematian ibunya yang tidak pernah diceritakan, tentang rumah yang tiba-tiba diwarisi oleh mereka, dan juga tentang lukisan yang tersorok di dalam rumah itu. Dimas menjemput isteri dan anak-anaknya; Astrid (Ussy Sulistiawaty) dan Sandra berkunjung ke rumah untuk mencari jawapan. Satria menemui pelbagai barangan yang membuatkan dia percaya rumah itu mungkin didiami oleh mereka semasa kecil. Rumah yang apabila malam menjelma, muncul sosok wanita berpakaian bangsawan Jawa yang menghantui Satria. Dimas sebenarnya menyibukkan diri dengan menjual rumah itu kepada seorang pengumpul yang percaya ada lukisan di rumah itu yang sangat tinggi nilainya. Lukisan itu kemudiannya ditemui oleh Sandra. Lukisan Ratu Kidul oleh kakeknya yang menjadi sumber malapetaka bagi keluarga Soedibyo selama beberapa dekad. Sosok di sebalik lukisan itu kini mengancam keselamatan Dimas, Satria, Astrid dan Sandra.[2]

Pelakon sunting

  • Teuku Zacky sebagai Dimas
  • Ussy Sulistiawaty sebagai Astrid
  • Wafda Saifan sebagai Satria
  • Annisa Aurelia Kaila sebagai Sandra
  • Naomi Paulinda sebagai Kelly
  • Elsa Diandra sebagai Ratri
  • Fadika Royandi sebagai Brama
  • Egi Fedly
  • Fuad Idris
  • Wawan Wanisar
  • Widian Nanto
  • Febryan Aditya
  • Kevin Zander

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.liputan6.com/showbiz/read/3900103/legenda-nyi-roro-kidul-diangkat-jadi-film-lukisan-ratu-kidul
  2. ^ "Sinopsis Film Lukisan Ratu Kidul". filmindonesia.or.id. Dicapai pada 22 Mac 2019.

Pautan luar sunting