Magnet pengalir lampau

Magnet pengalir lampau ialah sejenis elektromagnet yang dibuat daripada gulungan wayar pengalir lampau. Ia mesti disejukkan ke suhu kriogenik sewaktu penggunaan. Dalam keadaan pengaliran lampaunya, wayar ini boleh mengalirkan lebih banyak arus elektrik daripada wayar biasa dan menghasilkan medan magnet yang kuat. Magnet pengalir lampau boleh menghasilkan medan magnet yang lebih kuat daripada mana-mana magnet kecuali elektromagnet-elektromagnet yang terkuat dan boleh jadi lebih murah untuk dikendalikan kerana tidak ada tenaga yang lesap dalam bentuk haba di dalam pilin. Ia digunakan dalam mesin MRI di hospital-hospital, dan di dalam peralatan-peralatan saintifik seperti spektrometer jisim dan pemecut zarah.

Lakaran skematik magnet pengalir lampau 20 tesla dengan lubang menegak.

Pembinaan sunting

Penyejukan sunting

Sewaktu operasi, pilin-pilin magnet perlu disejukkan di bawah suhu kritikalnya, iaitu suhu di mana bahan berpilin berubah daripada keadaan merintang yang biasa dan menjadi pengalir lampau. Helium cecair digunakan sebagai bahan penyejuk bagi pilin yang paling mengalir lampau, malahan juga pilin-pilin yang mempunyai suhu kritikal jauh di atas takat didihnya, 4.2 K. Ini kerana lebih rendah suhu, pilin mengalir lampau akan bekerja dengan lebih baik—lebih banyak arus dan medan magnet ia boleh tahan tanpa bertukar kepada keadaan bukan pengalir lampaunya.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.