Maharaja Kōkaku

Maharaja Jepun

Maharaja Kōkaku (Jepun: 光格天皇, Hepburn: Kōkaku-tennō, 23 September 1771 – 11 Disember 1840) ialah Maharaja Jepun ke-119, mengikut urutan penggantian tradisional.[1][2] Baginda memerintah dari 16 Disember 1780 dan menurun takhta pada 7 Mei 1817 demi puteranya, Maharaja Ninkō. Setelah melepaskan takhtanya, baginda memerintah sebagai Daijō Tennō (Jepun: 太上天皇, Maharaja Turun Takhta) yang juga dikenali sebagai Jōkō (Jepun: 上皇) hingga kemangkatannya pada 1840. Maharaja seterusnya yang turun takhta atas kehendaknya sendiri adalah Maharaja Akihito, Maharaja Era Heisei, pada 2019, 202 tahun kemudian.

Kōkaku
Kōkaku
Pemerintahan1 Januari 1780 – 7 Mei 1817
Pertabalan29 Disember 1780
Nama keputeraanMorohito (Jepun: 師仁)
Keputeraan(1771-09-23)23 September 1771
Mangkat11 Disember 1840(1840-12-11) (umur 69)
Tempat mangkatSakuramachi-den (桜町殿) Kyoto
DimakamkanNochi no tsuki no wa no misasagi, Kyoto
PendahuluGo-Momozono
PenggantiNinkō
PasanganPuteri Yoshiko
AnakandaMaharaja Ninkō
Kerabat dirajaYamato
AyahandaPutera Kan'in Sukehito
BondaŌe Iwashiro
AgamaShinto

Rujukan sunting

  1. ^ Agensi Rumah Tangga Imperial (Kunaichō): 光格天皇 (119)
  2. ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, pp. 120–122.