Major (Jerman)

(Dilencongkan dari Major)

Major (Sebutan bahasa Jerman: [maˈjoːɐ]) ialah pangkat pegawai medan paling muda dalam Tentera Darat Jerman dan Tentera Udara Jerman. Pangkat ini ditakrifkan OF-3 dalam NATO. Tanda pangkat major ialah satu paku (bintang) berwarna perak dalam kalungan daun oak perak.

Mejar
Major
Pelapik gorjet Tentera Darat (oren)
dan Tentera Udara (kuning)
Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan Maj
Kumpulan pangkat Pegawai medan
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-3
Pangkat tinggi seterusnya

Oberstleutnant

Pangkat rendah seterusnya

Hauptmann

Persamaan pangkat Korvettenkapitän

Persamaan OF-3 dalam Tentera Laut Jerman ialah Korvettenkapitän.

Sejarah sunting

Pangkat dalam angkatan tentera berbahasa Jerman ini bermula sejak Zaman Pertengahan.

Perang Dunia II sunting

 
Major Helmut Viedebantt (1943)

Semasa Perang Dunia II, persamaan SS ialah Sturmbannführer.

Peraturan semasa sunting

Untuk dilantik ke pangkat major, pegawai perlu lulus kursus asas pegawai staf (Stabsoffizierlehrgang) yang diadakan di Maktab Turus Angkatan Tentera Jerman (Führungsakademie der Bundeswehr), dan berkhidmat dalam pos berkod A13 atau A13/A14.

Dalam Tentera Darat Jerman dan Pasukan Bantuan Bersama (Streitkräftebasis), tempoh menunggu antara memenuhi keperluan untuk kenaikkan pangkat dan kenaikkan pangkat sebenar ke major adalah purata 15 bulan ini disebabkan masalah bajet (sehingga Julai 2010).[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting