Maktab Mahmud (Jawi: مكتب محمد) atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah sekolah agama dibawah naungan Sultan Kedah. Sekolah ini menggunakan sistem pendidikan Al-Azhar. Kini, terdapat sebanyak 12 cawangan Maktab Mahmud seluruh Kedah.

Maktab Mahmud
مكتب محمد
Lokasi
Kedah
 Malaysia
Maklumat
Nama lainMaahad Mahmud
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
Motoالعلم نور
(Ilmu itu cahaya)
Ditubuhkan19 Jun 1936
Laguمعهدي

Sejarah sunting

Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, selaku Raja Pemangku dan Presiden Majlis Negeri Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada ketika itu.

Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta melahirkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula, Baginda berpendapat Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar). [1]

Maktab ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa Penasihat yang dilantik dengan perkenan Sultan Kedah. Menteri Besar biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penasihat itu dan Guru Besar Maktab sebagai Setiausaha. Jawatankuasa dilantik daripada golongan ulama dan Sheikul Islam dan kuasa pentadbirannya terletak di bawah kuasa pejabat Hal Ehwal Agama Islam Kedah. [2]

Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.

Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967. Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.

Penubuhan 12 Maktab Mahmud di 12 daerah di Kedah melambangkan iltizam kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan agama Islam di Kedah dan memastikan rakyatnya mendapat pendidikan yang sempurna. [3]

Haji Wan Idris telah merantau ke sebelah barat semenanjung bermula dari Johor beliau turun ke Melaka sehingga ke Perak dan didapati banyak sekolah agama ketika itu masih tergendala dan ditutup walaupun perang Jepun sudah tamat. Sehinggalah beliau sampai ke Kedah, beliau mendapati ada sebuah sekolah di Alor Setar yang sangat masyhur di negeri itu iaitu Maktab Mahmud3 yang terus beroperasi walaupun ketika Perang Jepun4. Beliau cuba memohon untuk memasuki Maktab tersebut. Malangnya permohonan beliau itu ditolak atas alasan pihak maktab tidak menerima pelajar dari luar Kedah. Namun, pihak sekolah memberikan cadangan sekiranya beliau tetap ingin memasuki maktab tersebut, beliau boleh cuba memohon secara bersurat terus kepada Sultan Kedah sendiri kerana kuasa tertinggi terletak di tangan sultan.

Kerana tekad yang kuat untuk memasuki Maktab Mahmud, beliau telah mengutuskan surat kepada baginda sultan. Suratnya mendapat perhatian khusus pihak istana yang akhirnya bukan sahaja baginda memperkenankan permohonan beliau itu malah syarat kemasukan telah dipinda bagi membolehkan pelajar luar Kedah untuk turut memohon. Secara tak langsung Haji Wan Idris telah berjasa kepada pelajar-pelajar lain dari luar Kedah untuk mendapat peluang pendidikan di Maktab Mahmud yang terkenal itu. Haji Wan Idris menjadi pelajar Maktab Mahmud sehingga tamat pengajian.

Lagu sekolah sunting

Bahasa Arab Terjemahan
يا معهدا علمني

              وبالهدى جملني

حليتني من صغري

               بكل خلق حسن

كم فيك من معلم

              بر كثير المنن

بعلمه زودني

              بنصحه ارشدني

تحية يا معهدي

            يا اصل عيشي الهني

انشأتني مباركا

               لأمتي ووطني

Wahai Maahad Yang Mengajarku

Yang Menghiasi Diriku Dengan Segala Pedoman

Yang Membelaiku Semenjak Dari Usia Kecilku

Dengan Segala Akhlak dan budi Perkerti Yang Baik

Berapa Ramai Guru Yang Berada Padamu

Berjasa dengan Pemberian Yang Tak Ternilai Banyaknya

Dengan Ilmunya Menjadi Bekalan Untukku

Dengan Nasihatnya Menjadi Petunjuk Buat Diriku

Sejahteralah Dikau Wahai Maahadku

Wahai Asal Kehidupanku Yang Penuh Ketenangan

Kau Membesarkanku Dengan Penuh Keberkatan

Demi Ummahku Dan Jua Tanahairku

Senarai Maktab-maktab Mahmud sunting

 
Nama Maktab Singkatan Status sekolah Alamat
Maktab Mahmud Alor Setar MMAS Kerajaan Negeri Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Teratai Jingga, 05050 Alor Setar, Kedah
Maktab Mahmud Yan MMYN Kerajaan Negeri Kampung Acheh, Darul Aman, 06900 Yan, Kedah
Maktab Mahmud Langkawi MMLK SABK Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Maktab Mahmud Bandar Baharu MMBB SABK Bukit Aping, 09800 Serdang, Kedah
Maktab Mahmud Padang Terap MMPT SABK Kampung Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah
Maktab Mahmud Pendang MMPG SABK Kampung Penyarum, 06700 Pendang, Kedah
Maktab Mahmud Baling MMBG SABK Batu 48 Jalan Weng, 09100 Baling, Kedah
Maktab Mahmud Sik MMSK SABK Taman Pelangi Jaya, 08210 Sik, Kedah
Maktab Mahmud Kulim MMKL SABK Jalan Sidam Kanan, Kampung Pantai Indau, 09010 Padang Serai, Kedah
Maktab Mahmud Merbok MMMK SABK Kampung Pondok, 08400 Merbok, Kedah
Maktab Mahmud Kuala Muda MMKM SABK Kampung Sintok Bugis, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah
Maktab Mahmud Pokok Sena MMPS SABK Langgar, 06500 Langgar, Kedah

Syarat kemasukan tingkatan 1 sunting

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Syarat Kemasukan [1]
    1. Mencapai TP4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 bagi EMPAT mata pelajaran dan TP3 bagi lain-lain mata pelajaran.
    2. Lulus dengan cemerlang Ujian Kemasukan Tingkatan Satu Maktab Mahmud

Syarat kemasukan bagi tingkatan 4 dan 5 sunting

Aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) / Aliran Sains Tulen sunting

Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:

  1. Memperoleh sekurang-kurangnya 65% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).
  2. Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  3. Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab, Sains dan Matematik (UASA/PAT).
  4. Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT)

Aliran Ekonomi / Peniagaan sunting

Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 60% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan  Akhir Tahun (PAT).
  2. Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  3. Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
  4. Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT).

Bagi Maktab Mahmud yang lain:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 50% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
  2. Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  3. Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah /  Bahasa Arab (UASA/PAT).
  4. Lulus semua mata pelajaran.

Aliran Sastera dan Kemanusiaan / Perakaunan sunting

Bagi Maktab Mahmud Alor Setar:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 65% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan  Akhir Tahun (PAT).
  2. Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  3. Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Bahasa Arab (UASA/PAT).
  4. Lulus semua mata pelajaran (UASA/PAT).

Bagi Maktab Mahmud yang lain:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 60% dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) / Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
  2. Pembelajaran berteraskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
  3. Memperolehi 60% bagi mata pelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah /  Bahasa Arab (UASA/PAT).
  4. Lulus semua mata pelajaran.

Tokoh-tokoh sunting

Nama Jawatan/Pencapaian Kumpulan
Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Pengasas Maktab Mahmud, Pemangku Sultan dan Presiden Majlis Penasihat Kerajaan Negeri.
Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Zainuddin bin Maidin Menteri Penerangan Malaysia
Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak Menteri Besar Kedah (2008-2013)
Datuk Dr. Mashitah Binti Ibrahim Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri
Rosnah Johari Pelakon, Pelakon Pembantu, Pelakon Undangan, Penampilan Khas, Pelakon Tambahan
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS, Bekas Pengerusi GERAK
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah
Datuk Dr. Ismail bin Ibrahim Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Pemegang Amanah Universiti Ibn-Rusyd, Sepanyol
Dr Mohd Daud Abu Bakar Diarkibkan 2014-01-16 di Wayback Machine Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
Datuk Dr. Abdul Halim Ismail Pengerusi Bank Islam
Prof Datuk Dr Othman Ishak Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia
Datuk Paduka Di Raja Syeikh Abdul Majid Md Noor Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Syeikh Niamat Yusof Tokoh Maal Hijrah Kedah
Sheikh Roslan bin Hj Abdul Halim Al-Hafiz Imam Besar Masjid Negeri Kedah Darul Aman (Masjid Zahir)
Tuan Haji Ismail Bin Hashim Johan Musabaqah Kebangsaan(9x) Antarabangsa(8x)
Ustaz Wan Akashah Abdul Hamid & Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Pasangan pendakwah terkenal
Muhammad Zubir Ali Sasterawan/Komposer

Arkib berita sunting

  • Sultan Kedah Perkenan Maktab Mahmud Jadi SABK [2]
  • Maktab Mahmud reigns [3]
  • Kembar dapat 14A dalam SPM [4]
  • Bermula daripada pemberita sambilan [5]
  • Maktab Mahmud sambut ulangtahun ke 75 [6] Diarkibkan 2012-05-29 di Wayback Machine
  • Fire Razes Maktab Mahmud Alor Star Dorm [7]
  • Maktab Mahmud Serah Surat Hasrat Sertai SABK [8] Diarkibkan 2014-04-16 di Wayback Machine

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dr. Ahmad Zaki Hj Abdul Latif, Che Zuina Bt. Ismail, Norzaidi Bin Mohd Daud. (2006)Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam Di Malaysia. (pp.16,17), Konvensyen Wakaf 2006.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 2014-01-15.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 2013-03-22.