Maktab Rendah Sains MARA Gerik
Koordinat: 5°23′04″N 101°03′25″E / 5.38451°N 101.05687°E
Maktab Rendah Sains MARA Gerik (singkatan: MRSM Gerik) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Gerik, Perak.
Maktab Rendah Sains MARA Gerik مكتب رنده ساءين س مارا ڬريق | |
---|---|
Alamat | |
Bukit Nasah Jalan Baling - Kuala Kangsar Gerik, 33300, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Gerik |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | 1993 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Tuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Rahizad bin Hashim |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Hamzah bin Hawari |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Md Kahruddin bin Ismail |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Our Excellence, Our Responsibility |
Nama alumni | ANSARA Gerik |
Laman sesawang | gerik |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
Sejarah sunting
Penubuhan maktab sunting
MRSM Gerik beroperasi sepenuhnya pada Januari 1994, dengan kemasukan 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 146 orang pelajar Tingkatan 1. Sehingga Mei 1995 bilangan pelajar MRSM Gerik ialah seramai 336 orang. Di awal pengoperasian MRSM Gerik, terdapat kekurangan dan gangguan dalam operasi. Paling ketara, dalam peringkat awal adalah gangguan bekalan air dan elektrik akibat kerja - kerja melebar dan meluaskan jalan antara Gerik dan Lawin.
Senarai pengetua sunting
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Tuan Hj. Zakaria bin Mohd Noor | Oktober 1993 | Mac 2001 |
Tuan Hj. Shafie bin Teh | April 2001 | Disember 2003 |
Tuan Hj. Arshad bin Omar | Januari 2004 | Disember 2006 |
En. Sa’imin bin Jumari | Disember 2006 | Jun 2010 |
Tuan Hj. Md Noh bin Jani | Julai 2010 | Januari 2018 |
En. Ammar bin Ab Rahman | Januari 2018 | Disember 2019 |
Tuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail | Januari 2020 |
Lagu rasmi sunting
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan sunting