Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak

Koordinat: 3°33′25″N 103°23′33″E / 3.55693°N 103.39251°E / 3.55693; 103.39251

Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak (singkatan: MRSM TAR) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di dalam perkampungan Pulai Serai, dalam daerah Pekan di negeri Pahang. Nama Tun Abdul Razak diabadikan di maktab ini sebagai penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak
مكتب رنده ساءين س مارا تون عبدالرازق
Alamat
KM 9, Kampung Pulau Serai
Jalan Kuantan - Pekan
Pekan, 26600, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM TAR
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanMei 2010
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Muhamad Abu Bakar bin Ismail
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Azmin bin Abdullah
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Shaifulhasme bin Mohamad
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
Pn. Intan Suhana binti Ahmad
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGSCE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganGlobal, Excellence, Competitive
Nama alumniANSARA Tun Abdul Razak
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022

Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM TAR memulakan operasinya pada 1 Mei 2010 setelah berlakunya kejadian tanah runtuh di MRSM Bentong. Pelajar-pelajar dari MRSM Bentong telah dipindahkan ke MRSM TAR bagi menyambung sesi persekolahan berikutan keadaan struktur tanah di MRSM Bentong yang berbahaya. Kesemua pelajar lelaki pada ketika itu dipindahkan dari MRSM Bentong ke MRSM TAR pada 1 Mei 2010 diikuti pula dengan semua pelajar perempuan dipindahkan dari MRSM Bentong ke MRSM TAR pada 2 Mei 2010. MRSM TAR dibuka secara rasmi pada April 2013, dengan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang pada ketika itu, Dato' Seri Adnan Yaakob, bertempat di Dewan MRSM Tun Abdul Razak[1].

Pada tahun 2011, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) sebagai nilai tambah kepada pelajar MRSM. Dengan itu, pelajar MRSM boleh melalui program dwisijil, iaitu SPM dan IGCSE. Kumpulan pelajar pertama yang telah mendaftar untuk program ini adalah seramai 178 orang[2].

Sehingga kini, pengetua MRSM Tun Abdul Razak ialah Tuan Ibrahim bin Abdullah dan mempunyai seramai 72 tenaga pengajar dan staf sokongan.terbaik

Pada tahun 2022, MRSM TAR ditutup selama seminggu berikutan penularan wabak COVID-19, dan merupakan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang pertama di dalam Malaysia yang ditutup akibat wabak ini[3].

Lagu rasmi sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting

  1. ^ "Majlis Perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang". eWarta MARA. 29 April 2013. Dicapai pada 6 Disember 2022.
  2. ^ "Sejarah MRSM Tun Abdul Razak". MRSM TAR. Dicapai pada 6 Disember 2022.
  3. ^ Mamat, Mohd Rafi (5 Mac 2022). "Covid-19: MRSM Tun Abdul Razak tutup seminggu". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2022.


Lihat juga sunting