Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie

Koordinat: 4°10′16″N 102°06′01″E / 4.17114°N 102.10034°E / 4.17114; 102.10034

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie (singkatan: MRSM TGS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak kira-kira 7 km dari bandar Kuala Lipis, bangunan yang mula dibina sekitar tahun 1999 di kampung Kuala Lanar menjadi tarikan sesiapa sahaja yang menuju ke Kerambit atau Jerantut, di negeri Pahang. Sebelum ini, ianya dikenali dengan nama MRSM Kuala Lipis.

Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie
مكتب رنده ساءين س مارا تون غزالي شافعي
Alamat
KM 7
Jalan Jerantut - Kuala Lipis
Kuala Lipis, 27200, Pahang
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM TGS
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanJanuari 2002
StatusBeroperasi
PengetuaEn. Almi bin Jaafar
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Rahmawati binti Warneri
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Zulfitry Bin Chek@Ismail
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Zulkifli bin Muhammad
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganPersistence Leads to Excellence
Nama alumniANSARA Kuala Lipis (Kalips)
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022


Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Kuala Lipis beroperasi sepenuhnya pada Januari 2002. MRSM ini dibina di atas sebidang tanah seluas 49.998 ekar bersamaan 20.2335 hektar. Pembinaan MRSM ini telah siap sepenuhnya pada awal 2002. Walaupun dalam keadaan struktur bangunan dan prasarana yang belum sempurna sepenuhnya, MRSM Tun Ghazali Shafie telah memulakan operasinya pada 25 Mac 2002.

Di antara bangunan terawal MRSM Kuala Lipis adalah bangunan pentadbiran MRSM serta Dewan Sri Budiman. MRSM Kuala Lipis juga mempunyai 1 blok asrama putera , satu blok bangunan asrama puteri, surau, dewan selera, kuaters guru, kuaters staf serta rumah pengetua dan timbalan pengetua.

Pada tahun 2010, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju supaya nama MRSM Kuala Lipis ditukarkan kepada MRSM Tun Ghazali Shafie[1]. Penukaran nama ini adalah bagi mengenang jasa Tun Ghazali Shafie yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia yang banyak menabur jasa terutamanya ketika pembentukkan Malaysia[1].

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
En. Hassan bin Ali 2002 2006
Allahyarham En. Alias bin Muda 2006 2010
En. Che Soh bin Che Mat 2010 2011
En. Che Fauzi bin Che Omar 2011 2015
Pn. Arifah Ilyana binti Abdul Rahman 2015 2019
Ust. Zeidi bin Zakaria 2019 2021
En. Almi bin Jaafar 2021


Lagu rasmi sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting

  1. ^ a b "Lipis college to change name to Tun Ghazali Shafie MRSM". The Star. 23 Mac 2010. Dicapai pada 4 Disember 2022.


Lihat juga sunting