Malianah Ugau

ahli politik Malaysia, bekas penyanyi tempatan Sabah

Malianah Ugau ialah seorang ahli politik wanita Malaysia berasal dari Sabah. Beliau merupakan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah dan isteri kepada seorang tokoh politik Sabah, Datuk Jahid Jahim[1]. Jahid kini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah[2].


Malianah Ugau
Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah
Memegang jawatan
15 November 2019
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Didahului olehAnita Baranting
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan - Majlis Penasihat Wanita Sabah
Memegang jawatan
15 April 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Pengerusi MajlisTarsiah TZ Taman
Pemangku Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah
Dalam jawatan
13 Mac 2019 – 15 November 2019
Butiran peribadi
LahirMalianah Ugau
4 Mac 1960
Kampung Bontoi Tamparuli, Sabah
Parti politik Parti Bersatu Sabah
PasanganJahid Jahim
Anak-anak3

Kehidupan awal sunting

Malianah berasal daripada Kampung Bontoi, Tamparuli, Sabah dan di lahirkan pada 4 Mac 1960 dalam keluarga Kristian. Beliau merupakan anak kepada Wugau Ajuh (dieja juga dengan Ugau)[3] dan Tinggamo Bandaran @ Siti Noraini Abdullah. Ayahnya merupakan mantan Ketua Anak Negeri Untuk Daerah Tamparuli.

Pada awal tahun 1970, Malianah Ugau dan bersama kakaknya, Malim Wugau[4] merupakan penyanyi tempatan Sabah dan sering muncul di kaca televisyen tempatan.[3] Album pertama yang dimiliki Malianah Ugau berjudul Vinasi Do Miginavo diterbitkan oleh Lian Tai Import & Export Co pada 1972[5]. Album Malim Ugau pula berjudul Nookuo Mosti Mitongkizad Kito diterbitkan oleh Sharikat Seh Huat[6].

Perkahwinan sunting

Malianah Ugau telah berkahwin dengan Datuk Jahid Jahim pada 10 Disember 1983 dan memiliki tiga orang anak lelaki. Beliau memeluk islam selepas berkahwin dengan suaminya.

Kerjaya politik sunting

Malianah Ugau memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1990. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah sebelum dilantik sebagai Pemangku Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah pada 13 Mac 2019[7]dan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah pada 15 November 2019[8][9]. Beliau juga merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah Tamparuli[10].

Sektor Korporat sunting

Malianah Ugau merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah[11].

Keterlibatan dalam masyarakat sunting

Malianah Ugau mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;

  • Presiden Pertubuhan Bola Sepak Wanita Sabah[12].
  • Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan - Majlis Penasihat Wanita Sabah[13]. Beliau dan jawatankuasa lantikan Majlis Penasihat Wanita Sabah telah mengangkat sumpah pada 15 April 2021 di hadapan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[14][15].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Malianah Ugau telah dikurniakan dengan pengiktirafan berikut:

Rujukan sunting

  1. ^ "Isteri Ketua Menteri derma darah jayakan program PBSM Tuaran". Utusan Borneo. 7 Mac 2021. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ "#SabahMemilih: Datuk Jahid Jahim angkat sumpah jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar". Astro Awani. September 29, 2020. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  3. ^ a b "In Memory of Maah Ajuh (Updated)". Sikmading. November 28, 2009. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  4. ^ kini Datin Mariam Ugau Abdullah @ Malim Ugau
  5. ^ "Vinasi Do Miginavo". www.discogs.com.
  6. ^ "Nookuo Mosti Mitongkizad Kito". www.discogs.com.
  7. ^ "malianah ugau pemangku ketua wanita pbs". www.Parti BERSATU sabah.org.
  8. ^ "pbs wants anti hop back". www.dailyexpress.com.
  9. ^ "Jawatankuasa baharu untuk remajakan, segarkan semula PBS". wartaoriental.com.
  10. ^ "wanita warga emas terima sumbangan roda dari wanita pbs tamparuli". www.borneodailybulletin.com.
  11. ^ "Board Of Director Sabah Development Land Board". www.sldb.com.my.
  12. ^ "AJK PBWS". www.blogspot.com.
  13. ^ "jhewa-mpws". www.sabah.gov.my.
  14. ^ "Kerajaan negeri terus komited pastikan pembangunan Wanita di sabah". www.sabahnews.com.
  15. ^ "UCAPAN YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH 2021/2022, DI PEJABAT KETUA MENTERI, TINGKAT 32, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH PADA 15 APRIL 2021" (PDF). cmsabah.gov.my.
  16. ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.istiadat.gov.my.