Marcus Lilian Thuram-Ulien (lahir 6 Ogos 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Perancis.[2][3] Beliau merupakan anak kepada pemenang Piala Dunia, Lilian Thuram.

Marcus Thuram
Maklumat peribadi
Nama penuh Marcus Lilian Thuram-Ulien[1]
Tarikh lahir (1997-08-06) 6 Ogos 1997 (umur 26)
Tempat lahir Parma, Itali
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 9
Kerjaya remaja
2007–2010 Olympique de Neuilly
2010–2012 AC Boulogne-Billancourt
2012–2014 Sochaux
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015–2017 Sochaux 37 (1)
2017–2019 Guingamp 64 (12)
2019–2023 Mönchengladbach 111 (34)
2023– Inter Milan 5 (2)
Pasukan kebangsaan
2014 Perancis B17 4 (1)
2014–2015 Perancis B18 5 (2)
2015–2016 Perancis B19 15 (3)
2016–2017 Perancis B20 11 (3)
2019 Perancis B21 5 (0)
2020– Perancis 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 2 Septemeber 2023

Kerjaya kelab sunting

Sochaux sunting

Thuram telah memulakan kerjayanya di kelab akademi Sochaux-Montbéliard. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 2 pada 20 Mac 2015 menentang Châteauroux selepas menggantikan Edouard Butin pada minit ke-83.[4] Secara jumlahnya, beliau telah beraksi dalam 43 perlawanan bersama Sochaux dan menjaringkan satu gol ketika aksi menentang Tours yang berakhir dengan kekalahan 3-1 pada 14 April 2017.[5]

Guingamp sunting

Pada 5 Julai 2017, Thuram telah menyertai kelab Ligue 1, En Avant de Guingamp dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.[6] Pada Ogos 2018, beliau telah menarik perhatian ramai semasa menentang penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Buffon yang merupakan rakan sepasukan ayahnya ketika di Parma dan Juventus.

Thuram menjaringkan gol pada masa tambahan permainan menerusi tendangan penalti pada 9 Januari 2019 sekali gus menyingkirkan juara bertahan, PSG pada perlawanan suku akhir Coupe de la Ligue yang berakhir dengan kemenangan 2-1 di Parc des Princes.[7] Pada 20 hari kemudian, beliau menjaringkan gol penyamaan perlawanan semasa menentang Monaco yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 pada perlawanan separuh akhir. Walaupun beliau gagal menyudahkan tendangan penaltinya apabila diselamatkan oleh Danijel Subašić semasa aksi penentuan penalti, namun Guingamp akhirnya meraih kemenangan dan meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir.[8]

Borussia Mönchengladbach sunting

Pada 22 Julai 2019, Borussia Mönchengladbach telah mengumumkan bahawa Thuram telah menandatangani kontrak selama empat tahun. Nilai perpindahan yang dibayar kepada Guingamp seperti yang dilaporkan ialah sebanyak 12 juta euro.[9] Beliau telah diberikan jersi bernombor 10 yang dipakai sebelum ini oleh Thorgan Hazard selepas dia berpindah ke Borussia Dortmund.

Thuram melakukan penampilan sulungnya untuk Gladbach pada 9 Ogos pada pusingan pertama DFB-Pokal menentang kelab 2. Bundesliga, SV Sandhausen dan beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.[10] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika melakukan penampilan kelimanya pada 22 September dengan menjaringkan dua gol bagi membantu pasukannya memperoleh kemenangan 2–1 ke atas Fortuna Düsseldorf.[11]

Pada 31 Mei 2020, Thuram menjaringkan dua gol bagi menundukkan 1. FC Union Berlin 4-1. Beliau telah melutut selepas menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu untuk mendedikasikan kepada protes yang sedang hangat di Amerika Syarikat berikutan kematian George Floyd.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Thuram merupakan anak kepada bekas pemain antarabangsa Perancis, Lilian Thuram dan abang kepada pemain bola sepak, Khéphren Thuram.[13] Beliau telah dilahirkan di Parma, Itali semasa bapanya beraksi untuk kelab itu. Nama beliau diambil sempena nama seorang aktivis dari Jamaica, Marcus Garvey.[14][15]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 13 Jun 2020.[16]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Sochaux 2014–15 1 0 0 0 0 0 1 0
2015–16 15 0 3 0 1 0 19 0
2016–17 21 1 0 0 2 0 23 1
Jumlah 37 1 3 0 3 0 43 1
  Guingamp 2017–18 32 3 2 1 0 0 34 4
2018–19 32 9 3 2 3 2 38 13
Jumlah 64 12 5 3 3 2 72 17
  Borussia Mönchengladbach 2019–20 31 10 2 2 6[b] 2 39 14
Jumlah kerjaya 132 23 10 5 6 2 6 2 154 32
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Pencapaian sunting

Antarabangsa sunting

Perancis B19

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup Korea Republic 2017: List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 9 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 25 December 2018. Dicapai pada 2 March 2018.
  2. ^ Biodata Marcus Thuram di Soccerway. Capaian 2015-04-16.
  3. ^ Templat:FootballDatabase.eu
  4. ^ "FC Sochaux vs. Châteauroux - 20 March 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2014-04-16.
  5. ^ "Sochaux encore à côté de la plaque…". Est-Republicain. 15 April 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
  6. ^ "Marcus Thuram, c'est fait !". Le Télégramme. 5 July 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
  7. ^ Lermusieaux, Jocelyn (10 January 2019). "PSG-Guingamp : Marcus Thuram a eu du cran pour tirer son deuxième penalty". L'Équipe (dalam bahasa French). Dicapai pada 21 February 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Monaco lose on penalties at Guingamp in Jardim's 1st match". Associated Press. 29 January 2019. Dicapai pada 21 February 2019.
  9. ^ "Transferts  : Marcus Thuram (Guingamp) s'engage avec Mönchengladbach (officiel)". L'Équipe. 22 July 2019. Dicapai pada 22 July 2019.
  10. ^ "Borussia battle to DFB-Pokal second round". Borussia Mönchengladbach. 9 August 2019. Dicapai pada 30 September 2019.[pautan mati kekal]
  11. ^ Brassell, Andy (23 September 2019). "Marcus Thuram's derby double lifts Gladbach from European humiliation". The Guardian. Dicapai pada 30 September 2019.
  12. ^ "Gladbach's Marcus Thuram dedicates goal to U.S. protests". ESPN. 31 May 2020. Dicapai pada 31 May 2020.
  13. ^ Newman, Benjamin (30 March 2015). "Marcus Thuram (17), son of Barca hero Lilian Thuram, scored the winner in a cup final on Saturday". 101 Great Goals. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-01. Dicapai pada 25 May 2017.
  14. ^ "Gianluigi Buffon faces Marcus Thuram, son of former team-mate Lilian Thuram". BBC Sport. 19 August 2018. Dicapai pada 27 December 2018.
  15. ^ "L'histoire des premiers noirs dans le sport français". France Inter (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2017-06-23.
  16. ^ Biodata Marcus Thuram di Soccerway
  17. ^ "Bundesliga Rookie Award". Bundesliga. Dicapai pada 10 February 2020.

Pautan luar sunting