Marielle Franco (lahir Marielle Francisco da Silva; 27 Julai 1979 - 14 Mac 2018) ialah seorang ahli politik, feminis, dan aktivis hak asasi manusia Brazil.[1][2] Selepas memperoleh ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran awam dari Universiti Persekutuan Fluminense, beliau memegang jawatan sebagai ahli majlis bandar Rio de Janeiro dari Partido Socialismo e Liberdade (PSOL) sejak Januari 2017 hingga kematiannya.[3]

Marielle Franco
Anggota
Majlis Bandar Rio de Janeiro
Dalam jawatan
1 Januari 2017 – 14 Mac 2018
Butiran peribadi
LahirMarielle Francisco da Silva
(1979-07-27)27 Julai 1979
Rio de Janeiro, Brazil
Meninggal dunia14 Mac 2018(2018-03-14) (umur 38)
Rio de Janeiro, Rio de Janeiro, Brazil
Sebab kematianPembunuhan (Ditembak)
Parti politikPartido Socialismo e Liberdade (2007–2018)
Rakan kongsi
domestik
Mônica Benício
(2006–2018; kematian Franco)
Anak-anak1
Alma materPontifícia Universidade Católica do Rio de Janeiro
Universiti Persekutuan Fluminense
PekerjaanAhli politik, ahli sosiologi

Pada 14 Mac 2018, dalam perjalanan pulang selepas menyampaikan pidato, Franco dan sepupunya, Anderson Pedro Gomes, ditembak beberapa kali dan kemudian mati di tempat kejadian.[4] Dua orang pembunuh melakukan tindakan tersebut dari kenderaan lain.[5] Franco dikenali atas kritikannya terhadap kekejaman polis dan pembunuhan di luar undang-undang,[6] serta campurtangan pemerintah persekutuan Brazil di negeri Rio de Janeiro pada Februari 2018 di mana peralatan ketenteraan dikerahkan dalam pelbagai operasi polis.[7][8][9] Pada Mac 2019, dua bekas pegawai polis ditangkap dan didakwa atas pembunuhan Marielle Franco.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Da Maré, vereadora fazia parte do 'bonde de intelectuais da favela'". Folha de S.Paulo (dalam bahasa Portugis). 2018-03-15. Dicapai pada 2020-07-08.
  2. ^ Ruiz, Michelle. "Brazilian Activist Marielle Franco, Who Protested Police Violence, Has Been Assassinated". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-08.
  3. ^ Fernandez, Maritza (2018-04-03). "Marielle Franco (1979-2018) •" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-06.
  4. ^ "Brazil protests over slain female politician". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-16. Dicapai pada 2020-07-06.
  5. ^ "Outspoken Rio councilwoman who fought for the marginalized is shot to death; thousands mourn". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-15. Dicapai pada 2020-07-06.
  6. ^ "Brazil: Authorities must investigate the killing of human rights defender Marielle Franco". www.amnesty.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-08. Dicapai pada 2020-07-08.
  7. ^ "Brazil protests over slain female politician". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-16. Dicapai pada 2020-07-08.
  8. ^ Lessing, Benjamin. "Analysis | Brazil's federal intervention in Rio's drug wars has an authoritarian feel — and could backfire". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-23.
  9. ^ "Outspoken Rio councilwoman who fought for the marginalized is shot to death; thousands mourn". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-15. Dicapai pada 2020-07-23.
  10. ^ "2 ex-cops arrested in killing of black Brazilian politician". thestar.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-12. Dicapai pada 2020-07-23.