Mario Alberto Kempes Chiodi ( Sebutan Sepanyol: [ˈmaɾjo alˈβeɾto ˈkempes ˈtʃjoði], Itali: [ˈkjɔːdi]; tarikh lahir 15 Julai 1954) ialah bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan Argentina yang bermain sebagai striker atau pemain tengah serang Kempes ianya merupakan penjaring gol yang berpengaruh. Dia berjaya mendapat gelar sebagai penjaring terbanyak La Liga dua kali bersama Kelab Valencia di mana dia mengumpulkan 116 gol dalam 184 perlawanan Liga Spanyol.

Di peringkat antarabangsa, Kempes menjadi tumpuan kemenangan Piala Dunia 1978 Argentina di mana dia menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir dan menerima Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak. Dia juga memenangi Bola Emas untuk pemain kejohanan itu, menjadikannya salah satu daripada tiga pemain yang telah memenangi ketiga-tiga anugerah di Piala Dunia tunggal, bersama-sama dengan Garrincha pada tahun 1962 dan Paolo Rossi pada tahun 1982.

Kempes memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik Amerika Selatan, Pemain Bola Sepak Eropah Terbaik Onze d'Or dan Bola Emas Piala Dunia pada 1978. Meski Kejohanan tahun 1978 sarat akan kontroversi. Pada musim 1993-1994 Mario Kempes sempat bermain di Asia Tenggara lebih tepat di salah satu Kelab Indonesia, Pelita Jaya dan sempat pula menjadi jurulatih di kelab tersebut. Tahun 2004, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 125 pemain bola sepak terbaik yang masih hidup sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 FIFA.[1] Kempes digelar El Toro dan El Matador dan juga digelari sebagai salah satu dari 3 pemain yang dianggap Legenda Argentina, 2 Pemain lainnya ialah Diego Maradona dan Lionel Messi.

  1. ^ "Pele's list of the greatest". BBC Sport. 4 March 2004. Dicapai pada 15 June 2013.