Marlboro (Jawi: مارلبورو) ialah sebuah jenama rokok yang terkenal dan terbesar di dunia. Ia dibuat oleh Philip Morris USA (sebuah cawangan Altria) di Amerika Syarikat, dan oleh Philip Morris International (kini berasingan daripada Altria) di luar Amerika Syarikat. Ia dilancarkan pada tahun 1924. Ia terkenal dengan periklanan dan penajaan sukan permotoran. Richmond, Virginia adalah lokasi kilang Marlboro terbesar.

Marlboro
مارلبورو
Logo Marlboro 1908

Sejarah sunting

Syarikat ini dimulakan pada 1846 oleh Philip Morris, seorang pedagang tembakau dan rokok gulung yang membuka sebuah kedai di Bond Street, London. Berikutan kematiannya akibat barah pada tahun 1873, perniagaannya diwarisi adiknya Leopold dan balu Philip, Margaret di mana dua-dua mereka turut membuka sebuah kilang untuk barangan mereka di Great Marlborough Street;[1] rokok Marlboro dinamakan sempena peringkasan nama tempat ini.[1]

Dalam sukan lumba kenderaan, Marlboro menaja MotoGP dan F1. Dalam sukan badminton, Marlboro menaja Piala Thomas, Piala Uber, dan Piala Sudirman.

Jenis sunting

 
Marlboro Specials
 
Slof Marlboro dengan amaran
 
Batang rokok Marlboro
 
Pek Marlboro perak (dahulu: "ultra-lights")

Tajaan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Cox, Jim (23 May 2008). Sold on Radio: Advertisers in the Golden Age of Broadcasting. McFarland. m/s. 205. ISBN 978-0-7864-5176-0.

Pautan luar sunting