Marthino Lio

Pelakon lelaki Indonesia

Rafael Guiliano Marthino Lio (lahir di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia, 26 Januari 1989; umur 35 tahun) merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan model Indonesia. Beliau dikenali ramai berkat peranannya sebagai Raden Mas Rangsang dalam filem Sultan Agung: Tahta, Perjuangan dan Cinta.

Marthino Lio
Kelahiran
Rafael Guiliano Marthino Lio

(1989-01-26) 26 Januari 1989 (umur 35)
Surabaya, Jawa Timur, Indonesia
Warganegara Indonesia
Pekerjaan
Tahun aktif2004—kini
PasanganAnita Fauziah (bercerai)
Delia Husein (k. 2021)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Marthino memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan dengan memenangi tempat kedua dalam pemilihan cover boy untuk majalah Aneka Yess! pada tahun 2004. Kemudian, pada 2005, beliau dipilih sebagai pemenang pertama acara Putra Putri Bahari dan mendapat gelaran Putra Bahari.[1]

Pada tahun 2016, Marthino memasuki dunia nyanyian. Dia menyanyikan lagu tema untuk filem Ada Apa dengan Cinta? 2 bertajuk Ratusan Purnama dengan Melly Goeslaw. Lagu itu digubah oleh Melly sendiri dan Anto Hoed.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Marthino ialah anak kepada pasangan Ignatius Tommy Pratomo dan Emanuella Marly.

Daripada perkahwinannya dengan Anita Fauziah, Marthino dikurniakan seorang anak bernama Gabriel Seraphino Lio.[3] Ia menunjukkan bahawa mereka telah bercerai, kerana pada 9 September 2021, Marthino berkahwin dengan pelakon wanita Delia Husein.[4] Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Saleena Yuriel Lio.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Merry Go Round
2016 3 Pilihan Hidup Rendy
2017 The Guys Rene
2018 Eiffel... I'm in Love 2 Adam
Sultan Agung: Tahta, Perjuangan, Cinta Raden Mas Rangsang
2019 Matt & Mou Billy
Mantan Manten Ardy
#MoveOnAja Irwan
Sin Leo
2021 Tersanjung the Movie Bobby Sadewo
Persepsi
Cinta Bete Emilio dewasa
Losmen Bu Broto Jarot Pambudi
Kadet 1947 Bambang Saptoadji
Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas Ajo Kawir
2022 Gendut Siapa Takut?! Dafian Jatmiko
Pamali Jaka Sunarya
The Big 4 Suranto / Antonio Sandoval
2023 Balada Si Roy Faisal / Ical
Mangkujiwo 2 Rimba
Jin Qorin Seno
Sewu Dino Sabdo Kuncoro
Buya Hamka Amir
Detektif Jaga Jarak Almond Surendra / Jon
Layangan Putus the Movie Andre Davianto
Hamka & Siti Raham Vol. 2 Amir

Filem pendek sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Sleep Tight, Maria Donny
2018 Sekar

Diskografi sunting

Single sunting

Kolaborasi sunting

  • "Cinta Misterius" (2008, bersama Element dan Cantika Abigail)

Rujukan sunting

  1. ^ Subhan, Romi (16 Mei 2019). "Dari Nyanyi Hingga Modelling, Ini Perjalanan Karier Marthino Lio". Popbela.com.
  2. ^ Aquarius Musikindo (15 Februari 2016). "Ratusan Purnama - Single". Apple Music.
  3. ^ "Marthino Lio Ingin Seperti Reza Rahadian". Femina. 30 Julai 2018. Dicapai pada 13 November 2021.
  4. ^ Rismoyo, Mauludi (11 September 2021). "Marthino Lio Lepas Status Duda, Ternyata Sudah Menikah dengan Delia Husein". detikcom. Dicapai pada 13 November 2021.
  5. ^ Nuranisa, Arini (22 Julai 2022). Shidqiyyah, Septika (penyunting). "6 Potret Marthino Lio dan Delia Husein Dikaruniai Anak Pertama, Penuh Kebahagiaan". Liputan6.com.

Pautan luar sunting