Masjid Kampung Pasir Puteh, Mercang

Masjid Kampung Pasir Puteh merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Pasir Puteh, Mercang, 21610 Marang, Terengganu Darul Iman.[1]

Masjid Kampung Pasir Puteh
مسجد كامڤوڠ ڤاسير ڤوته
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamIsmail Bin Isa 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-11-MRG-00218
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
LokasiMasjid Kampung Pasir Puteh,
Kampung Pasir Puteh,
Mercang,
21610 Marang,
Terengganu Darul Iman
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kampung Pasir Puteh

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Alamat sunting

Masjid Kampung Pasir Puteh,
Kampung Pasir Puteh,
Mercang,
21610 Marang,
Terengganu Darul Iman

Sejarah sunting

Masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh orang ramai sejak awal penubuhannya iaitu pada tahun 1898. Tanah masjid diwakafkan oleh Allahyarham Haji Awang Penghulu Bakti untuk dibina rumah ibadat. Dahulunya, masjid ini hanyalah rumah kayu. Setakat tahun 1998, masjid tersebut telah mengalami 3 kali pengubahsuaian. Setiap kali kedengaran berita pengubahsuaian masjid, orang ramai termasuk mereka yang tidak dikenali pasti akan menyumbang barangan seperti kayu, simen, batu-bata, pasir dan juga wang tunai serta menyiapkannya secara bergotong-royong. Pada tahun 1998, masjid tersebut dianggarkan bernilai RM70,000 dan mempunyai 2 orang imam bertugas iaitu Haji Abdul Rahman Haji Isa (69 tahun) dan Ismail Haji Isa (52 tahun) manakala bilalnya pula ialah Encik Kasimin Kasimun dan Wan Husin Wan Sulaiman. Jawatankuasa masjid dipengerusikan oleh Haji Mahmud Deraman, Encik Ismail Haji Isa (setiausaha) dan Haji Abdul Rahman Haji Isa (bendahari) beserta 9 orang AJK yang lain.[2]

Pentadbiran sunting

Masjid Kampung Pasir Puteh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-MRG-00218.

Rujukan sunting

  1. ^ "Masjid Kampung Pasir Puteh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 2017-12-29.
  2. ^ Dato' Safei Daud (1998). Berita Darul Iman. Unit Penerbitan Kerajaan Terengganu. m/s. 19.

Pautan luar sunting