Mat Tudung merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Waan Hafiz terbitan Showbiz Productions. Ia dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam, ditayangkan pada 28 Julai 2014.[1]

Mat Tudung
PengarahWaan Hafiz
PenulisLouise Manjaji

Nurulsyahida Mohd Fadzil Thani

Waan Hafiz
Dihasilkan olehZarina A. Rahman
DibintangiFizz Fairuz
Nelydia Senrose
Izzue Islam
SinematografiMohd Shaufe A. Wahib
Disunting olehEzarisyirwan Basri
Muzik olehAkhadiat Denny Prazudikusumo
Syarikat
penerbitan
Showbiz Productions
Diedarkan olehTGV Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 Julai 2014 (2014-07-28) (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.5 juta
Pecah panggungRM1 juta

Prekuel, Mat Tudung Begin, telah dikeluarkan pada 3 Ogos 2023.

Plot sunting

Mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie. Bagi mendapatkan Zizie, Johari telah menyamar sebagai 'adik perempuan' Johari iaitu gadis bertudung bernama Johanna. Zizie akhirnya mula terbuka untuk mengenali Johari dan akhirnya seluruh keluarga Zizie menyukai Johari dan Johanna dalam masa yang sama.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Mat Tudung diarahkan oleh Waan Hafiz dan diterbitkan oleh Showbiz Productions yang sebelum ini menerbitkan filem Hantu Kapcai (2012). Kos pembikinan filem ini berjumlah RM1.5 juta termasuk promosi.[2]

Fizz Fairuz yang terkenal dengan peranan televisyen dan filem, memegang watak sebagai Johari, seorang mat rempit yang menyamar sebagai Johanna. Semasa filem ini diterbitkan Fizz bertengkar dengan pengarahnya, Waan Hafiz kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu dimuatkan dalam Mat Tudung.[3][4] Nelydia Senrose yang terkenal dengan peranan lakonannya seperti Setia Hujung Nyawa memegang watak sebagai Zizie. Penggambaran filem ini dijalankan selama 13 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Port Dickson.

Keluaran dan sambutan sunting

Mat Tudung dikeluarkan pada 28 Julai 2014 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, serentak dengan Tembus arahan Ahmad Idham.[5]

Mohd Al-Qayum Azizi mengulas untuk mStar Online menyifatkan Mat Tudung sebagai “…sebuah karya yang menghiburkan dan paling penting ia bakal mendapat sambutan daripada penonton kerana genre yang diangkat memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.”[2]

Muzik sunting

Lagu tema filem ini, "Bidadari" dinyanyikan oleh Tyco. Ia dicipta dan ditulis oleh Edry Abdul Halim.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Mat Tudung tidak menghampakan". Perak Today. 8 Ogos 2014. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  2. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (25 Julai 2014). "Komedi 'Mat Tudung' harus ditonton". mStar Online. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  3. ^ Mohd Al Qayum Azizi (16 Julai 2014). "Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-05. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  4. ^ Dennis Chua (25 Julai 2014). "Fizz sizzles as Johanna". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  5. ^ Aqmar Mustaza (12 Julai 2014). "Tembus, Mat Tudung warnai mood Aidilfitri". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mei 2015.
  6. ^ "Citarasa Perempuan - Single". iTunes Store (MY). Apple. 19 Februari 2014. Dicapai pada 1 Mac 2017.

Pautan luar sunting