Maynor Figueroa

Pemain bola sepak Honduras

Maynor Alexis Figueroa Róchez (lahir 2 Mei 1983) merupakan pemain bola sepak Honduras yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City dan pasukan kebangsaan Honduras.

Maynor Figueroa
Figueroa bermain untuk Wigan Athletic pada tahun 2010
Maklumat peribadi
Nama penuh Maynor Alexis Figueroa Róchez[1]
Tarikh lahir (1983-05-02) 2 Mei 1983 (umur 40)[1]
Tempat lahir Jutiapa, Honduras
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hull City
Nombor 3
Kerjaya remaja
1993–1999 Victoria
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2003 Victoria 24 (2)
2003–2008 Olimpia 100 (6)
2008Wigan Athletic (pinjam) 2 (0)
2008Wigan Athletic (pinjam) 29 (1)
2008–2013 Wigan Athletic 148 (3)
2013– Hull City 34 (0)
2014Wigan Athletic (pinjam) 6 (0)
Pasukan kebangsaan
1999–2003 Honduras B20 3 (1)
2001–2003 Honduras B23 8 (0)
2012 Olimpik Honduras 4 (0)
2003– Honduras 112 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:21, 18 January 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:58, 21 November 2014 (UTC)

Dia menghabiskan kebanyakkan kariernya bersama Wigan Athletic, dimana dia membuat 179 penampilan Liga Perdana Inggeris dan memenangi Piala FA 2012-13.

Figueroa telah membuat lebih daripada 100 penampilan antarabangsa sejak tahun 2003, termasuk dalam tiga kejohanan Piala Emas CONCACAF, Piala Dunia FIFA 2010 dan Sukan Olimpik 2012.

Karier kelab sunting

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Jutiapa, Atlántida Department,[1] Figueroa memulakan kariernya bersama Victoria, sebelum berpindah ke Olimpia pada tahun 2003. Dia kemudiannya menjadi kapten kelab. Pada tahun 2007, Figueroa menerima tawaran daripada kelab-kelab Major League Soccer, salah satunya merupakan New England Revolution, tetapi pentadbir Olimpia, Osman Madrid, menolak semua tawaran. Figueroa juga mendapat minat daripada kelab asing selain dari MLS, termasuk Club Toluca dari Mexico membuat tawaran pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, semasa satu temu bual, Madrid menunjukkan terma dicari oleh pasukan-pasukan lain telah tidak pernah dipersetujui dan tidak memihak secara ekonomi kepada Olimpia mahupun Figueroa.

Wigan Athletic (pinjam) sunting

Pada 20 Disember 2007, akhbar Honduras El Heraldo melaporkan bahawa, sebagai keputusan minat yang ditunjuk oleh kelabLiga Perdana Inggeris, Wigan Athletic, Figueroa akan pergi ke England. Pada bulan Januari 2008, Figueroa menyertai Wigan secara pinjaman untuk baki musim 2007-08.[3] Pada bulan Julai 2008, selepas satu proses rumit yang melibatkan permit kerja dan isu-isu visa, Figueroa menyertai semula Wigan secara pinjaman untuk enam bulan lagi, dimana selepas itu Wigan mempunyai pilihan untuk membuat perjanjian kekal berikutan tempoh perpinjaman yang berjaya.[4]

Wigan Athletic sunting

Pada 23 Disember 2008, Wigan mengumumkan Figueroa telah menandatangani kontrak tiga tahun setengah untuk menyertai secara tetap.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Wigan pada 11 Januari 2009. Dia menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat untuk mengesahkan kemenangan lewat ke atas Tottenham Hotspur.[6] Pada 12 Disember 2009, Figueroa menjaringkan gol ketika menentang Stoke City.[7][8] Sehingga akhir kempen 2009–10, dia telah membuat 81 penampilan dan menjaringkan dua gol dalam semua pertandingan untuk Wigan. Pada 26 Februari 2011, dia membuat penampilan Liga Perdana Inggeris yang ke-100, bermain 90 minit penuh ketika kekalahan 4–0 kepada Manchester United di Stadium DW.

Duia menjaringkan gol ketika menentang Birmingham City pada 19 Mac 2011 untuk memberi kemenangan 2–1 kepada Wigan.[9] Semasa perlawanan pertama Wigan dalam Piala Liga musim 2012–13, Figueroa menjaringkan gol dan Wigan menewaskan Nottingham Forest 4–1 di City Ground.[10]

Hull City sunting

 
Figueroa dan Aiden McGeady dari Everton pada bulan Mei 2014

Hull City menandatangani Figueroa secara perpindahan percuma pada 17 Jun 2013.[11] Dia membuat penampilan sulung pada hari pertama musim 2013–14 ketika kekalahan 2–0 kepada Chelsea.[12]

Pada 21 Oktober 2014 Figueroa kembali ke Wigan Athletic secara pinjaman sebulan[13] dan bermain pada hari yang sama ketika seri 0–0 menentang Millwall.[14] Selepas 5 perlawanan berturut-turut untuk kelab itu sejak menyertai mereka secara pinjaman, Wigan melanjutkan tempoh perpinjaman sehingga 30 Disember 2014.[15]

Dia dipanggil semula ke Hull pada 22 Disember 2014, bersama-sama Tom Ince dari Nottingham Forest.[16]

Karier antarabangsa sunting

Figueroa membuat penampilan sulung untuk Honduras pada tahun 2003 dan sejak itu telah menjaringkan tiga gol, menentang Belize, Cuba dan Jamaica. Dia merupakan ahli skuad Honduras ketika Piala Emas CONCACAF 2005 dan Piala Emas CONCACAF 2007. Dia juga dinamakan ke dalam skuad 23-pemain untuk Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Figueroa bermain di luar posisinya sebagai pertahanan tengah ketika Piala Dunia, selepas aksi cemerlang Emilio Izaguirre. Figueroa juga mewakili Honduras di peringkat B-20 dan B-23 dari tahun 1999 sehingga 2003 dan dari tahun 2001 sehingga 2003, menjaringkan satu gol daripada 3 perlawanan untuk B-20 dan gagal menjaringkan gol untuk pasukan B-23. Dia telah membuat 112 penampilan, menjaringkan 4 gol sejak penampilan sulungnya pada tahun 2003.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 6 Julai 2005 Miami Orange Bowl, Miami, AS   Trinidad dan Tobago 1–1 1–1 Piala Emas CONCACAF 2005
2. 10 Oktober 2006 Stadium Herndon, Atlanta, AS   Guatemala 1–0 2–1 Persahabatan
3. 15 Oktober 2013 Independence Park, Kingston, Jamaica   Jamaica 2–1 2–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
4. 14 Oktober 2014 Stadium FAU, Boca Raton, Florida, AS   Amerika Syarikat 1–1 1–1 Persahabatan

Kehidupan peribadi sunting

Figueroa berkahwin dengan Sandra Norales, seorang pemain bola baling kebangsaan Honduras.[17]

Kejayaan dan anugerah sunting

Kelab sunting

C.D. Olimpia
Wigan Athletic

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Figueroa". FootballDatabase. Dicapai pada 14 December 2009.
  2. ^ "Player Profile". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 18 March 2011.
  3. ^ "Wigan swoop for defender Figueroa". BBC Sport. 17 January 2008. Dicapai pada 31 January 2009.
  4. ^ "It Fig-ures". Wigan Athletic F.C. 29 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-19. Dicapai pada 31 January 2009.
  5. ^ "Figueroa wraps up move to Wigan". BBC Sport. 23 December 2008. Dicapai pada 31 January 2009.
  6. ^ Hughes, Ian (11 January 2009). "Wigan 1–0 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 26 October 2009.
  7. ^ Percy, John (14 December 2009). "Maynor Figueroa halfway to Wigan paradise". The Times. London. Dicapai pada 14 December 2009.
  8. ^ Fletcher, Paul (12 December 2009). "Stoke 2–2 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 13 December 2009.
  9. ^ http://soccernet.espn.go.com/report/_/id/292838?cc=5901
  10. ^ "Nott'm Forest 1–4 Wigan: First-half blitz helps Latics dodge banana-skin". The Mirror. 28 August 2012.
  11. ^ "Tigers Sign Figueroa". hullcityafc.net. Hull City AFC. 17 June 2013. Dicapai pada 17 June 2013.
  12. ^ "Chelsea 2 – 0 Hull". BBC Sport. BBC. 18 August 2013. Dicapai pada 18 August 2013.
  13. ^ "Maynor Figueroa: Hull defender in Wigan loan return". BBC Sport. BBC. 21 October 2014. Dicapai pada 21 October 2014.
  14. ^ "Wigan 0 0 Millwall". BBC Sport. BBC. 21 October 2014. Dicapai pada 21 October 2014.
  15. ^ "Maynor Figueroa: Wigan extend Hull defender's loan deal". BBC Sport. BBC. 6 November 2014. Dicapai pada 22 November 2014.
  16. ^ "Hull City recall Tom Ince and Maynor Figueroa". BBC Sport. 22 December 2014. Dicapai pada 22 December 2014.
  17. ^ "Honduras: World Cup 2010 team guide". The Guardian. 5 June 2010. Dicapai pada 17 April 2011.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Hull City A.F.C.