Mega Man (permainan video)

Mega Man, dikenali sebagai Rockman (Jepun: ロックマン, Hepburn: Rokkuman) di Jepun, ialah sebuah permainan video yang dimajukan dan diterbitkan oleh Capcom pada tahun 1987 bagi NES/Famicom. Ia adalah permainan video pertama yang menampilkan Mega Man selaku watak utama.

Mega Man
PembangunCapcom
PenerbitCapcom
PerekaTokuro Fujiwara (permainan)
Keiji Inafune (watak)
Manami Matsumae dan Yoshihiro Sakaguchi (penggubah muzik)
KomposerManami Matsumae Sunting ini di Wikidata
SiriMega Man Classic
PlatformNES/Famicom, PC, telefon bimbit, Virtual Console, PlayStation
PelepasanNES
Jepun 17 Disember 1987
Amerika Syarikat Disember 1987
Kesatuan Eropah 13 Disember 1989
MS-DOS
1990
Virtual Console
Kesatuan Eropah 22 Jun 2007
GenreAksi/Platformer, Cereka sains
ModSeorang pemain

Watak sunting

Gaya permainan sunting

Mega Man terdiri dari enam tahap, dengan Robot Master di akhir setiap tahap mengawal senjata khas. Pemain boleh memilih untuk bermain maha-mana tahap dahulu, dan apabila kesemua enam tahap telah ditewaskan, tahap ketujuh dan terakhir akan dipaparkan di tengah-tengah skrin pemilihan tahap. Tahap terakhir ini boleh dikatakan serupa dengan empat tahap biasa yang bersambung, walaupun sesetengahnya agak pendek, tetapi dengan bos yang lebih hebat dari biasa.

Tahap sunting

Tahap Robot Master Senjata (Nama Amerika) Kelemahan
1 Cut Man Rolling Cutter (Cut Blade) Super Arm
2 Guts Man Super Arm (Guts Power) Hyper Bomb
3 Ice Man Ice Slasher Thunder Beam
4 Bomb Man Hyper Bomb Fire Storm
5 Fire Man Fire Storm Ice Slasher
6 Elec Man Thunder Beam (Elec Beam) Rolling Cutter

Kubu bos sunting

Selepas mengalahkan kesemua Robot Master, Mega Man terpaksa menghadapi beberapa bos yang dianggap sebagai ketua akhir.

Bos Kelemahan
Yellow Devil (awalnya dirujuk sebagai "Rock Monster" di Amerika disebabkan peraturan dalaman Nintendo Amerika mengenai rujukan keagaman) Thunder Beam, Fire Storm (Mega Man Powered Up)
Copy Robot, meniru bentuk Mega Man, tetapi tidak dapat meniru bentuk Mega Man Powered Up. Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)
CWU-01P Super Arm
Wily Machine Number 1 (Fasa I) Fire Storm, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)
Wily Machine Number 1/Wily Capsule 1 (Fasa II) Tiada, Senjata Sepadan (Mega Man Powered Up)

Penerimaan sunting

Mega Man mendapat tempat ke-61 dalam senarai Top 200 Nintendo Power.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "NP Top 200", Nintendo Power, 200, m/s. 58–66, Februari 2006.

Templat:Mega Man