Megat Sharizal Mohamed Yusoff ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang bergiat aktif dalam filem, telefilem dan drama. Beliau juga aktif di kerusi pengarah.[1][2]

Megat Sharizal
Kelahiran
Megat Sharizal bin Mohamed Yusoff

1978 (umur 45–46)
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara
Tahun aktif2003–kini

Kerjaya sunting

Megat Sharizal telah membintangi pelbagai filem yang kebanyakannya menampilkan beliau melakonkan watak pembantu. Menerusi filem Walid (2023) arahan Areel Abu Bakar, beliau diberikan watak utama dengan memegang watak tajuk.[1][3][4]

Sebagai pengarah, beliau dikenali dengan hasil kerjanya menerusi beberapa drama TV dan telefilem, antaranya ialah Jibril, Aku, Dia dan Tong Sampah. Beliau mengarahkan filem pertamanya, Mencari Ramlee yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2024.[5]

Di luar bidang lakonan, Megat Sharizal juga bergiat aktif dalam ilmu persilatan dan pernah mewakili Kuala Lumpur sebanyak 3 kali dalam pertandingan Silat Gayong peringkat kebangsaan pada tahun 1998.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Catatan
Pengarah Pelakon
2007 1957: Hati Malaya     Dr. Ismail Filem pertama
2008 Jarum Halus     Rahim
2014 Supersquad The Movie     Zeeboz Filem animasi; suara
Terbaik dari Langit     Ali
2015 Rembat     Penyokong Chelsea
2016 Hanyut     Orang kanan Rashid
2019 Shadowplay     Dan Hamzi
Geran     Man Bangla
Pusaka     Salman
2020 Prebet Sapu     Ahli politik muda
2022 Kalut Nak Kahwin     Zaidi
Anak Rimau The Movie    
2023 Walid     Walid
2024 Pungut     Pos-produksi
Mencari Ramlee     Filem arahan pertama
TBA Vektor     Dalam perancangan
J3: J Resolusi     Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Pengarah Pelakon
2010–2011 Tiramisu     TV3 Sebagai penulis skrip
2012 Projek Pop     Bobo 8TV
2014 Marco Polo     Netflix 1 episod sahaja
2016 Cinta 100kg     Wadi TV3 Drama arahan pertama
2018 Jibril     ntv7
2019 Devoted     Yazid Viu Drama web
Wizards of Warna Walk     Cikgu Singh Disney Channel
2021 Scammer     Jay Rahman Astro Ria
2022 The Pak Mat Clan     Imran TV3
Fantasia Inn     Yahya TV Okey
Kau vs Aku     Ustaz Burn Sooka Drama web
Ijab Kabut     Coach Bima Sakti Viu
2023 Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu?     Ishak Tonton
That Cover Girl     Amazon Prime Video Sebagai pengarah kreatif
2024 Khunsa     Ezad Astro Ria
Projek: Exit     Astro Premier

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Pengarah Pelakon
2013 Aku, Dia dan Tong Sampah     Pekerja sampah TV9 Telefilem arahan pertama
2015 Aku, Dia dan Tong Gas     Tukang angkat sampah
Bingit    
2017 Kekasih Elektrik     Pencerita
Sekolah Api    
Ilham    
Wanita Terindah     Akhtar Astro First Eksklusif
2021 Akil Balik    
2022 Lari Cabi Lari    
Bunga Untuk Mama     Zaidi

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Kembara Karavan Pengacara TV Okey

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Wafa Awla (11 September 2023). "Fizikal bukan ukuran hero filem aksi – Megat Shahrizal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  2. ^ S. Tamarai Chelvi (14 Disember 2023). "Megat Sharizal's cinematic odyssey". The Sun Daily. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  3. ^ Nur Emira Saizali (19 September 2023). "Megat Sharizal si hero 'silat' paling gempal". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  4. ^ Anndrea A. Webber (15 September 2023). "Local actor Megat Sharizal says 'plus-sized' physique not a barrier in playing action roles". The Star Online. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  5. ^ Jared Wee (9 Jun 2023). "'Mencari Ramlee': Upcoming local film pays tribute to the struggle of the late artiste P. Ramlee (VIDEO)". The Malay Mail. Dicapai pada 30 Mac 2024.

Pautan luar sunting