Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai

Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai merupakan hotel tertinggi di dunia dan pencakar langit berkembar tertinggi di Dubai (kedua tertinggi di dunia selepas Menara Berkembar Petronas). Dengan ketinggian 355 m (1,165 ka), ia mempunyai 76 tingkat setiap menara. Ia telah memakan kos sebangyak AED1.8 billion (USD 490 juta) dan diuruskan oleh Marriott International, Inc.

Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai
جيه دبليو ماريوت ماركيز دبي
Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai dalam pembinaan pada 2011
Map
Nama lamaMenara Berkembar Taman Emiriah Hotel & Spa
Maklumat umum
StatusSiap dibina
JenisHotel
Gaya seni bina
Postmodern
LokasiJalan Sheikh Zayed, Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Koordinat25°11′08″N 55°15′24″E / 25.1856°N 55.2566°E / 25.1856; 55.2566Koordinat: 25°11′08″N 55°15′24″E / 25.1856°N 55.2566°E / 25.1856; 55.2566
Pembinaan bermulaNovember 2006
Disiapkan pada
Menara 1 - 2012
Menara 2 - 2013
PembiayaanAED1.8 billion
USD 490 juta
PemilikEmirates Group
PengurusanMarriott International
Maklumat ketinggian
Tinggi355.4 m (1,166 ka)
Bumbung298.1 m (978 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
76
Keluasan tingkat
320,314 m2 (3,447,830 ka2)
Lif/mesin pengangkat
Tower 1 - 14
Tower 2 - 14
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekArch Group Consultants
PemajuEmirates Group
Jurutera penstrukturan
BG&E
Kontraktor utamaBrookfield Multiplex
Maklumat lain
Bilangan bilik
Tower 1 - 804 rooms
Tower 2 - 804 rooms
Rujukan
[1][2][3][4][5][6]

Sejarah sunting

Mengikut perancangan asal projek ini yang dimiliki oleh The Emirates Group, ia hanya bangunan tunggal setinggi 355 m (77 tingkat) yang dirancang siap pada 2008. Walau bagaimanapun, reka bentuk dan lokasi terpaksa diubah kerana pembinaan lanjutan sungai yang dimiliki oleh Business Bay megaproject. Reka bentuk baharu iaitu menara berkembar dilancarkan di Arabian Travel Market di Dubai pada tahun 2006 setinggi 395 m (1,296 kaki). Walau bagaimanapun, bentuk menara telah diubahsuai dan ketinggian dikurangkan kepada 355 m (1,165 kaki). Pada November 2006, pembinaan telah dimulakan. Kedua-dua bangunan telah siap dibina pada tahun 2012, melepasi ketinggian Menara Rose Rayhaan sekali gus merampas gelaran sebagai hotel tertinggi di dunia.

Dengan menara pertama dibuka di hotel ini terdiri daripada kedai-kedai 14 makanan dan minuman, Bar di atas bumbung, pusat perniagaan, dewan persidangan dan bilik mesyuarat, dewan bankuet yang luas, kelab kesihatan dan spa seluas 3700 m2 (40,000 kaki persegi), serta kedai runcit, kolam renang, dan gimnasium.

Menara berkembar ikonik setinggi 76 tingkat ini telah disiapkan pada November 2012, menguasai persekitaran dan menyediakan pengenalan dramatik kepada kawasan Business Bay.

Corak tersebut diilhamkan oleh bentuk buah kurma - simbol warisan dalam budaya bangsa Arab. Menara-menara ini di atas podium 7 tingkat yang tinggi untuk mendapatkan pandangan terbaik daripada Burj Khalifa, Business Bay dan laut.

Lihat Juga sunting

  1. ^ JW Marriott Marquis Dubai Tower I di Pangkalan Data Pencakar Langit CTBUH
  2. ^ JW Marriott Marquis Dubai Tower II di Pangkalan Data Pencakar Langit CTBUH
  3. ^ Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai di Emporis
  4. ^ "JW Marriott Marquis Dubai Tower I". SkyscraperPage.
  5. ^ "JW Marriott Marquis Dubai Tower II". SkyscraperPage.
  6. ^ Menara Berkembar JW Marriott Marquis Dubai di Structurae