Dalam muzik, meter merujuk kepada corak dan aksen yang kerap berulang seperti bar dan rentak. Tidak seperti irama, permulaan metrik tidak semestinya dibunyikan, tetapi tetap dianggap ada oleh pemain, dan dijangka oleh pendengar. 

Meter muzik dan lirik.

Pelbagai sistem wujud di seluruh dunia untuk mengatur dan memainkan muzik metrik, seperti sistem tala India dan sistem serupa dalam muzik Arab dan Afrika.

Muzik Barat mewarisi konsep meter daripada puisi,[1][2] di mana ia menandakan: bilangan baris dalam rangkap; bilangan suku kata dalam setiap baris; dan susunan suku kata tersebut sama ada panjang atau pendek, beraksen atau tidak.[1][2] Sistem tatatanda irama koheren pertama dalam muzik Barat moden adalah berdasarkan mod irama yang diperoleh daripada jenis asas unit matra dalam meter kuantitatif puisi klasik Yunani kuno dan Latin.[3]

Muzik terkemudian bagi tarian seperti pavane dan galliard terdiri daripada frasa muzik untuk mengiringi urutan tetap langkah asas dengan tempo dan tanda masa yang ditetapkan.

Struktur metrik sunting

 
Tahap meter: tahap rentak ditunjukkan di tengah dengan tahap bahagian di atas dan berbilang peringkat di bawah.

Istilah meter tidak ditakrifkan dengan tepat.[1] Stewart MacPherson lebih suka bercakap tentang "masa" dan "bentuk berirama",[4] manakala Imogen Holst lebih sukakan istilah "irama terukur".[5] Walau bagaimanapun, Justin London telah menulis sebuah buku tentang meter muzik, yang "melibatkan persepsi awal kita serta jangkaan seterusnya terhadap siri rentak yang kita terbitkan daripada permukaan irama muzik semasa ia terbentang dalam masa".[6] "Persepsi" dan "abstraksi" bar berirama ini adalah asas kepada penyertaan muzik secara naluri, seperti apabila kita membahagikan satu siri detik jam yang sama kepada "tik–tok–tik–tok”.[1] "Ritma pengulangan" timbul daripada interaksi dua tahap pergerakan, lebih cepat memberikan nadi dan lebih perlahan mengatur rentak ke dalam kumpulan berulang.[7] Dalam bukunya The Rhythms of Tonal Music, Joel Lester menyatakan bahawa, "sekali hierarki metrik telah diwujudkan, kami, sebagai pendengar, akan mengekalkan organisasi itu selagi bukti yang minimum ada".[8]

Selalunya meter boleh dibahagikan kepada corak rangkap gandaan dua atau tiga.[4][1] Contohnya, meter 3
4
terdiri daripada tiga unit kumpulan nadi 2
8
, dan meter 6
8
pula terdiri daripada dua unit kumpulan nadi 3
8
. Sebaliknya, bar meter mungkin terdiri daripada "kumpulan meter". Contohnya, frasa muzik atau melodi mungkin terdiri daripada dua bar x 3
4
.[9]

Jenis meter lazim sunting

Mengikut bilangan rentak per ukuran sunting

Meter duaan dan empatan sunting

Dalam meter duaan, setiap ukuran dibahagikan kepada dua rentak, atau gandaan daripadanya (meter empatan).

Contohnya, dalam tanda masa 2
4
, setiap bar mengandungi dua (2) ketukan not suku (4). Dalam tandatangan masa 6
8
, setiap bar mengandungi dua rentak not suku bertitik.

Meter empatan yang sepadan ialah 4
4
, yang mempunyai empat ketukan not suku setiap ukuran, dan 12
8
, yang mempunyai empat ketukan not suku titik bertitik setiap bar.

Meter tigaan sunting

Meter tigaan ialah sejenis meter di mana setiap bar dibahagikan kepada tiga rentak, atau gandaan daripadanya. Sebagai contoh, dalam tanda masa 3
4
, setiap bar mengandungi tiga (3) ketukan suku nota (4), dan tanda masa 9
8
pula bermakna setiap bar mengandungi tiga rentak suku bertitik.

Lebih daripada empat rentak sunting

Meter dengan lebih daripada empat ketukan dipanggil meter ganda lima (5), ganda enam (6), dsb.

Dalam teori muzik klasik, diandaikan bahawa hanya pembahagian secara duaan atau tigaan sahaja yang sah dari segi persepsi, jadi dalam meter yang tidak boleh dibahagikan dengan 2 atau 3, seperti meter kuintupel, katakan 5
4
, diandaikan sama ada bersamaan dengan ukuran 3
4
diikuti dengan ukuran 2
4
, atau sebaliknya: 2
4
kemudian 3
4
. Meter yang lebih tinggi yang boleh dibahagikan dengan 2 atau 3 dianggap setara dengan pengelompokan ukuran meter duaan atau tigaan, oleh itu, 6
4
, sebagai contoh, jarang digunakan kerana ia dianggap bersamaan dengan dua ukuran 3
4
.

Meter yang lebih tinggi digunakan secara lebih lazim dalam analisis irama silang, sebagai bilangan terendah yang mungkin yang boleh digunakan untuk mengira poliritma ialah penyebut sepunya terkecil terendah bagi dua atau lebih bahagian metrik. Sebagai contoh, banyak muzik Afrika direkodkan dalam notasi Barat sebagai dalam 12
8
, penyebut sepuncya terkecil 4 dan 3.

Mengikut pecahan rentak sunting

Meter ringkas dan meter majmuk dibezakan dengan cara rentak dibahagikan.

Meter ringkas sunting

Meter atau masa ringkas ialah meter di mana setiap rentak dalam bar membahagi secara semula jadi kepada dua (berbanding tiga) bahagian yang sama. Nombor teratas dalam tanda masa ialah 2, 3, 4, 5, dsb.

Sebagai contoh, dalam tanda masa 3
4
, setiap bar mengandungi tiga rentak suku not, dan setiap rentak itu terbahagi kepada dua not perlapan (kuaver), menjadikannya satu meter ringkas. Lebih khusus lagi, ia adalah meter tigaan kerana terdapat tiga rentas dalam setiap ukuran; duaan ringkas atau empatan ringas juga adalah meter lazim.

Meter majmuk sunting

Meter atau masa majmuk pula ialah meter di mana setiap rentak bar membahagi secara semula jadi kepada tiga bahagian yang sama. Iaitu, setiap rentak mengandungi nadi tigaan.[10] Nombor teratas dalam tanda masa ialah 6, 9, 12, 15, 18, 24, dsb.

Meter kompaun ditulis dengan tandatangan masa yang menunjukkan bilangan pembahagian rentak dalam setiap bar berbanding bilangan rentak. Sebagai contoh, duaan majmuk (dua rentak, setiap satunya dibahagikan kepada tiga) ditulis sebagai tandatangan masa dengan pengangka enam, contohnya, 6
8
. Bezakan ini dengan tandatangan masa 3
4
yang juga memperuntukkan enam not perlapan bagi setiap ukuran, tetapi mengikut tatanama, ia bermaksud masa tigaan ringkas: 3 rentak not suku.

Contoh meter majmuk termasuk 6
8
(meter duaan majmuk), 9
8
(meter tigaan majmuk), dan 12
8
(meter empatan majmuk).

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

  • Cooper, Grosvenor; Meyer, Leonard B. (1960). The Rhythmic Structure of Music. Chicago: University of Chicago Press. OCLC 1139523. ISBN 0-226-11521-6.
  • Holst, Imogen (1963). The ABC of Music: A Short Practical Guide to the Basic Essentials of Rudiments, Harmony, and Form'. Benjamin Britten (prakata). London & New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-317103-1.
  • Hoppin, Richard H. 1978. Medieval Music. New York: W. W. Norton. ISBN 0-393-09090-6.
  • Latham, Alison (2002a). "Compound Time [Compound Metre]". The Oxford Companion to Music. edited by Alison Latham. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-866212-2.
  • Latham, Alison (2002b). "Metre". The Oxford Companion to Music. edited by Alison Latham. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-866212-2.
  • Lester, Joel (1986). The Rhythms of Tonal Music. Carbondale: Southern Illinois University Press. ISBN 0-8093-1282-4.
  • London, Justin (2004). Hearing in Time: Psychological Aspects of Musical Meter (ed. first). Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-516081-9.
  • MacPherson, Stewart (1930). Form in Music. London: Joseph Williams Ltd.
  • Scholes, Percy (1977). John Owen Ward (penyunting). The Oxford Companion to Music. 6th corrected reprint of the 10th ed. (1970), revised and reset. London and New York: Oxford University Press. ISBN 0-19-311306-6., chapters "Metre" and "Rhythm"
  • Yeston, Maury (1976). The Stratification of Musical Rhythm. New Haven: Yale University Press. ISBN 0-300-01884-3.