Mini Moke adalah satu varian kereta Mini yang direka untuk British Motor Corporation oleh Sir Alec Issigonis [1]. Nama kenderaan ini berasal daripada nama Mini yang mana kerangka Mini Moke diasaskan dan “Moke” satu perkataan kuno untuk keldai [2][3][4].

Versi awal Mini Moke
Mini Moke 1967
Mini Moke Portugal 1984
Mini Moke adalah kereta sewa popular dalam dekad 1990-an di Barbados.

Reka bentuk asal adalah sebagai sebuah kenderaan pelbagai guna tentera seperti mana kenderaan Jeep yang digunakan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Tetapi saiz roda yang kecil dan ketinggian Mini Moke tidak mencukupi untuk kegunaan jalan lasak (off road). Oleh itu, Mini Moke ditawarkan kepada orang awam sebagai kenderaan pelbagai guna kos rendah yang memerlukan selenggaraan mudah. Mini Moke akhirnya diterima ramai sebagai sebuah bugi pantai (beach buggy) dan mencapai tahap kultus di Australia, Amerika Syarikat dan di tempat-tempat peranginan tropika yang lain. Mini Moke awal menggunakan enjin asal seri A, transmisi dan suspensi asal kereta Mini keluaran British Motor Corporation [5][6].

Kenderaan Mini Moke mula dibina di kilang BMC di Longbridge di Birmingham, tetapi pengeluarannya kemudiannya dipindahkan ke luar negara. Sebanyak 14,500 buah kenderaan Mini Moke dikeluarkan di United Kingdom di antara tahun 1964 and 1968, dan 26,000 buah kenderaan dikeluarkan di Australia di antara tahun 1966 dan 1981. 10,000 buah kenderaan lagi dikeluarkan di Portugal dalam tahun 1980 hingga 1993 apabila pengeluaran Mini Moke ditamatkan [3].

Rujukan sunting

  1. ^ Wood, Jonathan (2005). Alec Issigonis: The Man Who Made the Mini. Breedon Books Publishing. ISBN 1-85983-449-3.
  2. ^ Tim Nuttall. Mini Moke 1964–1989. ISBN 1-870642-94-5.
  3. ^ a b Chris Rees. Complete Classic Mini 1959–2000. ISBN 1-899870-60-1.
  4. ^ R.M.Clarke. Mini-Cooper 1961–1970. ISBN 0-907073-17-4.
  5. ^ R. M. Clarke. Mini Moke Ultimate Portfolio. ISBN 1-855206-90-0.
  6. ^ R. M. Clarke, Tim Nuttall. Mini Moke, 1964-1994. ISBN 1-855202-40-9.

Pautan luar sunting