Minyak Pinggul Biji Mawar

Minyak Pinggul Biji Mawar atau bahasa Inggeris; Rose hip seed oil adalah sejenis minyak sayuran, yang diekstrak keluar dari biji bunga Pokok Bunga Mawar (Rosa moschata atau Rosa rubiginosa) yang tumbuh meliar disekitar selatan Pergunungan Andes, Chile. Ia adalah suatu minyak yang agak unik berbanding minyak sayuran yang lain kerana mempunyai kandungan retinol (Vitamin A), dan kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Minyak pinggul biji mawar adalah tinggi akan kandungan asid lemak essensial - asid linoleik atau omega-6 dan asid linolenik atau omega-3. Minyak ini biasanya digunakan dalam banyak produk penjagaan kulit.[1] Ia digunakan dalam merawat pelbagai masalah kulit, kondisi kulit termasuk penyakit dermatitis, Jerawat dan Ekzema. Juga digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah garis-garis halus, garis tua sebelum usia, pigmentasi, juga bertindak dalam memulihkan parut. Minyak pinggul biji mawar juga mapu melembabkan kulit kering dan sesitif tanpa meninggalkan kesan minyak pada kulit. Ia juga membaiki keadaan kulit yang terbakar dan rosak akibat terdedah dengan kesan radioaktif seperti sinaran ultra-lembayung oleh cahaya matahari serta kesan dari perubatan menggunakan radioterapi.[2] [3]

Kebanyakan minyak pinggul biji mawar dihasilkan secara tradisional di Chile dan Argentina. Pengguna disarankan untuk mendapat preskripsi perubatan dari doktor atau pakar perubatan dahulu sebelum menggunakan minyak pinggul biji mawar bagi mengelakkan sebarang iritasi atau alahan dari kesan penggunaan minyak.

Spesikasi-spesifikasi teknikal sunting

Keadaan fizikal minyak: lut cahaya,lut sinar, cecair kuning kemerah-merahan
Karakter bau: Minyak pinggul biji mawar secara semulajadi tidak berbau tengit, aromanya lembut seperti mawar
Analisis tipikal:

Nilai Iodin WIJS 179
Unsaponificable matter 0.75%
Keasidan 0.08 KOH mg/100g
Nilai Peroksida 0.3 meqO2/Kg
berat spesifik 20°C
Indeks pembiasan 20°C
Saponification index 185 KOH mg/g

Komponen utama - Komposisi purata asid lemak (%)

Asid Linoleik (Omega-6) (C18:2) 45.5%
Asid Linolenik (Omega-3) (C18:3) 33.4%
Asid Oleik (C18:1) 15.4%
Asid Palmitik (C16) 3.8%
Asid Stearik (C18:0) 1.9%

Rujukan sunting

  1. ^ "Aromatic: Rose hip seed oil".
  2. ^ "Product Information: Rose hip Seed Oil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-02. Dicapai pada 2010-05-30.
  3. ^ "Kobashi: Rose hip Seed Oil info". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-08. Dicapai pada 2010-05-30.