Mohammad Faisol Abdul Rahman

Mohammad Faisol bin Abdul Rahman ialah ahli politik Malaysia. Beliau adalah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis dan bekas Ketua Cabang PKR Arau. Semasa pemilihan PKR pada tahun 2018 beliau tewas kepada Amran Kamaruddin, Ketua Cabang PKR Padang Besar. Selepas tercetusnya Langkah Sheraton pada tahun 2020 yang menyaksikan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya keluar daripada parti beramai-ramai dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin PKR mengambil langkah memecat dan menggantung ahli-ahli PKR tertentu.