Mohd Ghazali Abdul Rahman

Allahyarham Dato' Mohd Ghazali bin Abdul Rahman ialah bekas ahli akademik Malaysia.


Mohd Ghazali bin Abdul Rahman

PhD
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia
Dalam jawatan
1983–1993
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriStephen Yong Kuet Tze (1983-1990)
Law Hieng Ding (1990-1993)
Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia
Dalam jawatan
1982–1983
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriStephen Yong Kuet Tze (1982-1983)
Digantikan olehDijenamakan sebagai Agensi Nuklear Malaysia
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pentadbiran, UKM
Dalam jawatan
1981–1982
Dalam jawatan
1978–1980
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UKM
Dalam jawatan
1975–1978
Pemangku Naib Canselor, UKM
Dalam jawatan
1980–1981
Didahului olehAnuwar Mahmud
Digantikan olehAwang Had Salleh
Dalam jawatan
1974–1975
Didahului olehAriffin Ngah Marzuki
Digantikan olehAnuwar Mahmud
Dekan Fakulti Sains, UKM
Dalam jawatan
1970–1974
Butiran peribadi
Lahir16 Mei 1938
Tanjong Malim, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia25 Mei 2007 (69 tahun)
PasanganSharifah Mariam Syed Mansor
Alma materUniversity of Western Australia (BSc & PhD)
PekerjaanAhli akademik

Lata Belakang sunting

Mohd Ghazali bin Abdul Rahman dilahirkan pada 16 Mei 1938 di Tanjong Malim, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda di University of Western Australia pada tahun 1963. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Mariam Syed Mansor. Anak pertama mereka, Abdul Rahman dilahirkan di Australia pada tahun 1964.

Beliau berjaya menamatkan Ijazah Kedoktorannya dalam bidang Biokimia di University of Western Australia juga pada tahun 1967. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Kerjaya sunting

Universiti Malaya sunting

Beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, UM dari tahun 1967 hingga 1970.

Universiti Kebangsaan Malaysia sunting

Beliau kemudian berkhidmat di UKM yang baru ditubuhkan. Beliau adalah Dekan Pertama Fakulti Sains di UKM. Beliau juga yang pertama kali memperkenalkan Program Matrikulasi UKM yang kini dikenali sebagai Pusat Asasi Pintar, UKM.

Beliau memangku jawatan Naib Canselor UKM selama 1 tahun (1974-1975) setelah Profesor Dato' Ariffin Ngah Marzuki tamat perkhidmatan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP). Beliau adalah TNC HEP pertama di UKM setelah penggubalan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Kemudian, beliau dinaikkan pangkat ke Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dari tahun 1978 hingga 1980.

Pada tahun 1980, beliau kembali memangku jawatan sebagai Naib Canselor UKM sekali lagi selama setahun menggantikan Profesor Anuwar Mahmud. Profesor Awang Had Salleh menggantikan beliau sebagai Naib Canselor UKM. Beliau kembali berkhidmat sebagai TNC Akademik dan Pentadbiran sehingga tahun 1982.

PUSPATI, UTN & MINT sunting

Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail yang berada di bawah Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia. PUSPATI berpusat di Bangi, Selangor berhadapan dengan UKM Bangi.

Pada tahun 1983, PUSPATI dijenamakan sebagai Unit Tenaga Nuklear (UTN). Tahun 1990, UTN dijenamakan sekali lagi ke Malaysian Institute for Nuclear Agency (MINT). Beliau kekal sebagai Ketua Pengarah PUSPATI dan kemudian UTN ke MINT sehingga tahun 1993.

MINT dijenamakan sekali lagi pada tahun 2006 kepada Agensi Nuklear Malaysia.

Rujukan sunting