Mohd Zain Mat Daud
Mohd Zain Mat Daud adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Melayu Semangat 46. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan[1] semasa pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersama Angkatan Perpaduan Ummah. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha Perhubungan S46 Negeri dan terlibat[2] dalam usaha menyatukan semula S46 dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Mohd Zain Mat Daud | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 24 Julai 1991 – 8 Mei 1997 Berkhidmat dengan Kalthom Othman | |
Butiran peribadi | |
Parti politik | Parti Melayu Semangat 46 |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik |