Dato' Mohd Zamri bin Sulong[1] ialah seorang ahli perniagaan dan pengarah urusan UA Advertising Sdn Bhd.[2] Beliau merupakan anak lelaki pertama kepada bekas Ahli Exco Negeri Terengganu, Almarhum YB Dato' Sulong bin Mahmood[3] dan To' Puan Adnan Khatijah binti Yusof[4].

Yang Berbahagia Dato'

Mohd Zamri bin Sulong
Kelahiran
Terengganu
Nama lainZamrie Sulong
PendidikanUniversiti De Monfort, United Kingdom
PekerjaanAhli perniagaan
PangkatPengarah Urusan
PasanganDatin Norhamimi Hamidun
Anak-anak4
Ibu bapaDato’ Sulong Mahmood
To' Puan Adnan Khatijah binti Yusof

Kehidupan awal sunting

Mohd Zamri bin Sulong bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Terengganu. Beliau merupakan graduan Institut Akauntan Pengurusan Chartered (CIMA) dari London School of Accountancy, London, England pada tahun 1991. Beliau kemudian memperoleh ijazah Sarjana Sains dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari De Monfort University, Leicester, England pada tahun 1997.[2]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya di dalam industri perbankan dan telah bekerja di Bank of Commerce dan Citi Bank selama 10 tahun.

Beliau menyertai Kumpulan Utusan pada tahun 2001 sebagai Pengurus Kewangan dan telah memegang beberapa jawatan termasuk Pengurus Besar kepada syarikat Utusan Media Sales Sdn. Bhd.[2]

Sebelum menyertai UA Advertising, Zamri telah berkhidmat sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Utusan Airtime Sdn Bhd, secara tidak langsung menjadikan beliau Ketua Anak Syarikat Utusan Melayu.[5] yang ketika itu merupakan ejen pemasaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk radio dan TV dari tahun 2006 sehingga 2016.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-04-13.
  2. ^ a b c https://uaadvertising.com.my/directors.html
  3. ^ https://books.google.com.my/books?id=CykyjGN6BcAC&pg=PA35&lpg=PA35&dq=ahli+exco+dato+sulong+mahmood&source=bl&ots=SQH8uj6tlW&sig=ACfU3U1PyadkYVuHpcNOZvIrlTID4W_S1Q&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwj7wuLGl-XoAhXGb30KHSBJA-gQ6AEwAXoECAwQKA#v=onepage&q=ahli%20exco%20dato%20sulong%20mahmood&f=false
  4. ^ https://article.wn.com/view/2006/01/30/Bekas_Exco_meninggal/
  5. ^ http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=175211&name=EA_DS_ATTACHMENTS
  6. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/02/02/utusan-kembali-dilantik-sebagai-agen-iklan-rtm/