Mombasa adalah sebuah bandar pesisiran di tenggara negara Kenya menghadap Lautan Hindi. Ia adalah kota tertua di negara ini ditubuhkan sekitar 900 Masihi) dan kota kedua terbesar setelah Nairobi[3] dengan populasi sekitar 1,208,333 orang penduduk menurut bancian 2019.[1] Wilayah metropolitannya kedua terbesar di negara ini, dengan kependudukan sebanyak 3,528,940 orang.[1] Pusat bandar ia menumpu kepada suatu pulau bernama Pulau Mombasa.

Mombasa, Kenya
Kota dan kaunti
City and County of Mombasa
Pusat kota Mombasa
Pusat kota Mombasa
Cogan kata: 'TUNAWEZEK
(
Unity for Development)
Mombasa is located in Bumi
Mombasa
Mombasa (Bumi)
Koordinat: 4°03′S 39°40′E / 4.050°S 39.667°E / -4.050; 39.667Koordinat: 4°03′S 39°40′E / 4.050°S 39.667°E / -4.050; 39.667
Negara Kenya
KauntiMombasa County
Ditubuhkan900 A.D.
Keluasan
 • Tanah219.9 km2 (84.9 batu persegi)
Aras
50 m (160 ft)
Penduduk
 (2019)
 • Bandar
1,208,333[1]
 • Metro
3,528,940
DemonimMombasanese
Zon waktuUTC+3 (EAT)
Kod kawasan020
GDP (2018)US$7.2 billion (Mombasa Metro GDP) [2]
Laman sesawangmombasa.go.ke

Kawasan ini pernah menjadi tempat pelabuhan penting kerana kedudukan ia[4] sehingga menjadi rebutan banyak kuasa besar mendatangi rantau Afrika Timur; perkara ini turut tercermin pada kepelbagaian senibina yang ada pada bangunan-bangunan di kota ini yang menunjukkan unsur-unsur Swahili, Omani, Portugis dan British.[5]:69, 73

Sejarah sunting

Ia merupakan kota perdagangan yang sangat makmur pada abad ke-12, sehinggakan ada disebut dalam catatan Muhammad al-Idrisi pada tahun 1151. Masjid batu tertua di Mombasa, iaitu Masjid Mnara, dibina s. 1300.[6] Pada ketika ini, ia merupakan kota penting digiatkan dalam perdagangan rempah-ratus, bahan makanan - khususnya bijan, sekoi dan kelapa - emas, dan gading bersana kerajaan dan tanah sejauh India Selatan dan China. Ibn Battuta turut menulis mengenai tempat ini (dikenali dengan nama Arab ia منبسي Mambasa) yang diamatinya sebagai tempat bercucuk tanam pokok-pokok pisang dan limau.[7]

Kota ini memerintah sendiri setelah melepas diri dari kuasa Kesultanan Kilwa pada tahun 1501. Pada tahun 1522, seorang putera dari kerabat ini penguasa mencetuskan suatu pemberontakan ke atas Pemba dan Zanzibar lalu kedua-dua mereka meminta bantuan Alfonso de Albuquerque untuk menghentikan pergolakan. Pihak Portugis dipimpin de Albuquerque berjaya menumpaskan pemberontakan ini, dua-dua pulau ini bersetuju memberikan ufti pengharagaan.[8] Kota ini diserang pihak Portugis sekali lagi atas arahan Nuno da Cunha berikutan penghalangan pedagang Portugis bertapak di sana oleh Sultan Mombasa pada 1528.[8]

Pada tahun 1585, suatu kemaraan bersama kerajaan-kerajaan Ajuran dan Uthmaniyah pimpinan Amir 'Ali Bey, berjaya menawan Mombasa, dan bandar-bandar pesisir lain di Afrika Tenggara dari pihak Portugis. Namun, para pahlawan Malindi yang setia kepada Portugal menyerang balas bandar-bandar Sena dan Tete di Zambezi; mereka menawan Kilwa membunuh sebanyak 3,000 orang termasuk orang-orang Islam Mombasa. Hal ini mendorong pihak Portugis mengambil alih Mombasa untuk kali ketiga pada tahun 1589 dan berjaya. Kubu Forte Jesus de Mombaça dibina di situ empat tahun kemudian.

Pengepungan dan penawanan Forte Jesus oleh Imamah Oman pada tahun 1698 menjadikan ia di bawah pengaruh kuasa kerajaan ini di pulau Unguja. Suatu pemberontakan tempatan yang berlangsung tidak lama selepas ini mendorong kerajaan Oman melantik tiga Wali (setaraf gabenor) memerintah sana.

Geografi sunting

Muka bumi sunting

Pulau Mombasa yang menempatkan pusat kota dihubungkan ke tanan besar Afrika melalui Jambatan Nyali di bahagian utara serta Tambak Makupa dan Lebuh Raya Kenya-Uganda di sebelah barat.

Suhu dan iklim sunting

Kedudukan kota ini berdekatan khatulistiwa mendorong ia mempunyai iklim tropika basah dan kering (pengelasan Köppen: As) lalu hanya mempunyai sedikit variasi pada suhu musim di mana suhu paling tinggi menjulat antara 28.8–33.7 °C (83.8–92.7 °F).

Jumlah hujan pada dasarnya bergantung pada musim. Bulan paling kerap hujan adalah April dan Mei, sementara curah hujan minimum antara Januari dan Februari.

Data iklim untuk Mombasa (1961–1990, extremes 1890–present)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 35.9
(96.6)
37.6
(99.7)
36.4
(97.5)
36.1
(97.0)
35.0
(95.0)
31.5
(88.7)
31.0
(87.8)
30.3
(86.5)
31.6
(88.9)
33.0
(91.4)
34.0
(93.2)
37.0
(98.6)
37.6
(99.7)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 33.2
(91.8)
33.7
(92.7)
33.7
(92.7)
32.5
(90.5)
30.9
(87.6)
29.4
(84.9)
28.7
(83.7)
28.8
(83.8)
29.7
(85.5)
30.5
(86.9)
31.6
(88.9)
32.8
(91.0)
31.3
(88.3)
Purata suhu harian, °C (°F) 27.6
(81.7)
28.1
(82.6)
28.3
(82.9)
27.6
(81.7)
26.2
(79.2)
24.8
(76.6)
24.0
(75.2)
24.0
(75.2)
24.7
(76.5)
25.7
(78.3)
26.9
(80.4)
27.4
(81.3)
26.3
(79.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.0
(71.6)
22.5
(72.5)
22.9
(73.2)
22.7
(72.9)
21.6
(70.9)
20.1
(68.2)
19.3
(66.7)
19.3
(66.7)
19.7
(67.5)
20.9
(69.6)
22.1
(71.8)
22.0
(71.6)
21.3
(70.3)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 16.8
(62.2)
19.4
(66.9)
19.7
(67.5)
18.9
(66.0)
18.8
(65.8)
17.4
(63.3)
13.6
(56.5)
15.3
(59.5)
16.3
(61.3)
18.0
(64.4)
18.8
(65.8)
18.1
(64.6)
13.6
(56.5)
Purata kerpasan, mm (inci) 33.9
(1.33)
14.0
(0.55)
55.6
(2.19)
154.3
(6.07)
235.5
(9.27)
88.3
(3.48)
71.8
(2.83)
68.2
(2.69)
67.2
(2.65)
103.4
(4.07)
104.7
(4.12)
75.8
(2.98)
1,072.7
(42.23)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 3 1 5 10 14 10 10 8 9 9 8 7 94
Purata kelembapan relatif (%) 77 75 77 80 82 82 82 82 80 81 82 80 80
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 269.7 254.8 269.7 225.0 204.6 207.0 210.8 244.9 246.0 272.8 264.0 260.4 2,929.7
Purata harian jangka masa sinaran matahari 8.7 9.1 8.7 7.5 6.6 6.9 6.8 7.9 8.2 8.8 8.8 8.4 8.0
Sumber 1: NOAA[9]
Sumber 2: Deutscher Wetterdienst (humidity, 1962–1993),[10] Meteo Climat (record highs and lows)[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c 2019 Kenya Population and Housing Census Volume I: Population by County and Sub-County Diarkibkan 22 Julai 2011 di Wayback Machine; retrieved 7 November 2019.
  2. ^ "Gross County Product 2019".[pautan mati kekal]
  3. ^ The World Factbook Diarkibkan 8 Mei 2012 di WebCite. Cia.gov. Retrieved on 17 August 2013.
  4. ^ History of Mombasa | Mombasa, Kenya Diarkibkan 21 Februari 2018 di Wayback Machine. Mombasainfo.com. Retrieved on 17 August 2013.
  5. ^ Steyn, Gerald (2015). "The Impacts of Islandness on the Urbanism and Architecture of Mombasa" (PDF). Urban Island Studies (1): 55-80.
  6. ^ Meier, Prita (2016). Swahili Port Cities: The Architecture of Elsewhere. Bloomington: Indiana University Press. m/s. 84–85.
  7. ^ Rihlah Ibn Battuta (dalam bahasa Arab). Beirut: Darul Turath. 1968. m/s. 249.
  8. ^ a b Pradines, Stéphane (2016). "Portuguese Fortresses in East Africa". Fort. Fortress Study Group. 44: 52–53 – melalui ResearcgGate.
  9. ^ "Mombase (Mombasa) Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2020. Dicapai pada August 31, 2015.
  10. ^ "Klimatafel von Mombasa (Flugh. Port Reitz) / Kenia" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 15 November 2020. Dicapai pada August 31, 2016.
  11. ^ "Station Mombasa" (dalam bahasa Perancis). Meteo Climat. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2020. Dicapai pada August 31, 2016.

Pubg Mobile Uc Hilesi