Mosyuki Borhan

penulis dan penyair Malaysia

Mosyuki Borhan merupakan penulis, penyair dan penggiat seni di Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas rumah penerbitan Rumah Ripta.[1]

Mosyuki Borhan
LahirMosyuki Borhan
(1984-05-08) 8 Mei 1984 (umur 39)
Tangkak, Johor Darul Takzim
PekerjaanPenulis, Penyair, Penulis Lagu
BahasaBahasa Melayu
WarganegaraMalaysia Malaysia
Alma materUniversiti Teknologi Mara
GenrePuisi, Cerpen, Prosa
Tahun aktif2009 - kini

Dilahirkan di Tangkak, Johor pada Mei 1984, Mosyuki merupakan peranakan Melayu dan Jawa dari daerah Solo, Indonesia.

Bermula pada tahun 2009 dengan menerbitkan tulisannya dalam blog, puisi dan cerpennya kemudian dihimpun dalam beberapa antologi seperti, Sepuluh Ribu (2011), Rahsia 2 Pria (2012), Untuk Yang Telah Pergi (2016) dan Hujan Bakawali di Rumah Tuhan (2018).[2]

Pada tahun 2010, Mosyuki menerbitkan sendiri kumpulan puisi pertamanya Telegram [3] seterusnya kumpulan puisi dan prosa Tempe & Latte (2014) bersama rumah penerbitan Selut Press.[4]

Kumpulan puisinya yang ketiga, Rukun Ranah, diterbitkan pada tahun 2023 oleh Rumah Ripta. Buku tersebut diberikan kata pengantar serta dilancarkan oleh penyair mapan Indonesia, Joko Pinurbo di Makassar International Writers Festival 2023 di Makassar, Indonesia. [5]

Dari sudut perfileman, Mosyuki pernah mengarahkan filem pendek berjudul 'Bunga' yang diadaptasi daripada cerpennya sendiri pada tahun 2016. [6]

Mosyuki juga menjadi antara pengarang Malaysia yang telah dijemput sebagai pembicara dan dan membuat persembahan di Festival Penulis Antarabangsa Makassar (Makassar International Writers Festival) pada tahun 2018, 2019 dan 2023[7] serta Festival Sastera Banggai, Sulawesi Tengah pada Julai 2019.

Selain membuat persembahan dalam pameran puisi di seluruh Malaysia dan Indonesia, Mosyuki juga aktif menganjurkan dan menguruskan acara seni melalui Rumah Ripta.[8][9]

Hasil Penulisan sunting

Hasil penulisan Mosyuki Borhan, dari tahun aktif (2009) sehingga kini:

1. Buku sunting

  1. Telegram (swaterbit, 2009). Kumpulan puisi.[3]
  2. Rahsia 2 Pria (Selut Press, 2012). Kumpulan puisi duo bersama Adi Wafi.[10]
  3. Tempe & Latte (Selut Press, 2014). Kumpulan puisi dan prosa.[4][11]
  4. Rukun Ranah (Rumah Ripta, 2023). Kumpulan puisi. [12]

2. Antologi sunting

  1. Sepuluh Ribu (Selut Press, 2012). Antologi cerpen. [13]
  2. Untuk Yang Telah Pergi (Rumah Ripta, 2016). Antologi puisi.[14]
  3. Hujan Bakawali di Rumah Tuhan (Rumah Ripta, 2018). Antologi puisi.[15]

Diskografi sunting

Lagu-lagu yang pernah ditulis oleh Mosyuki Borhan sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):

Lagu
Lagu Tahun Penyanyi Catatan
"Hilang" (OST bagi drama web Hilang di Viu Malaysia) 2022 Heidimoru Dikreditkan sebagai penulis lirik. [16]

Dicalonkan Top 5 kategori Lagu Asli Terbaik bagi Program TV/Filem Asia dalam Contentasia Awards 2023. [17]

Filemografi sunting

 
Mosyuki di set penggambaran filem pendek Bunga pada tahun 2016

Antara penglibatan Mosyuki dalam penerbitan filem/TV sepanjang tahun aktif (2009 hingga kini):

Filem pendek
Tahun Tajuk Peranan Pelakon Catatan
2016 Bunga Penulis dan pengarah Zahiril AdzimIntan Qamarhani Diterbitkan oleh GARISPXL.CO dan Rumah Ripta[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Dari Kertas Ke Pentas – Antara Kemelut, Kebangkitan dan Impian Seni Mosyuki - BASKL" (dalam bahasa Inggeris). 2021-05-01. Dicapai pada 2023-08-24.
  2. ^ "Mosyuki Borhan". www.goodreads.com. Dicapai pada 2023-08-24.
  3. ^ a b "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  4. ^ a b "Tempe & Latte". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  5. ^ Mirsan, Adi (2023-06-10). "Rukun Ranah: Puisi-puisi dari Malaysia yang Berasal Indonesia". Fajar Sulsel (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-08-24.
  6. ^ a b FILEM PENDEK - BUNGA - 'Flower', dicapai pada 2023-08-24
  7. ^ "Speakers 2023 – MIWF 2023" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  8. ^ Yusop, Siti Haliza. "Rumah Ripta tak mahu puisi sekadar dalam buku". BH Online.
  9. ^ Siti Hasliza Yusop (16 Ogos 2018). "Rumah Ripta tak mahu puisi sekadar dalam buku". BH Online.
  10. ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  11. ^ "Rak Buku: Terjemah rasa rindu di hati". HM Online. 2015-02-17. Dicapai pada 2023-09-18.
  12. ^ "Rukun Ranah". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  13. ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  14. ^ "Untuk Yang Telah Pergi". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  15. ^ "Goodreads". Goodreads (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
  16. ^ [OST Viu Original HILANG] Rasa Yang Hilang - Heidimoru, dicapai pada 2023-08-24
  17. ^ "2023 Nominees". ContentAsia Awards (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-21. Dicapai pada 2023-08-24.