Mountain cur

baka anjing dari Amerika Syarikat
(Dilencongkan dari Mountain Cur)

Mountain cur[a] ialah sejenis anjing pekerja yang dibiakbakakan khusus untuk treeing dan penjejakan buruan kecil, seperti tupai dan rakun. Ia juga digunakan untuk pemburuan dan pengepungan buruan besar seperti beruang dan babi hutan serta menjadi anjing ladang serba guna. Cur ialah anggota kumpulan hound dan mountain cur ialah salah satu daripada beberapa keragaman cur. Ia juga dapat digunakan sebagai anjing air. Dengan pembiakbakaan yang terutamanya di Ohio, di Kentucky, di Virginia, dan di Tennessee, ia telah didaftarkan dengan United Kennel Club sejak tahun 1998 dan sejak itu telah diiktiraf oleh American Kennel Club, National Kennel Club, dan Continental Kennel Club.[1][2][3] Mountain Cur Breeders' Association ("Persatuan Pembiak Baka Mountain Cur) dibentuk pada tahun 1957.

Mountain cur
Seekor mountain cur muda
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 30–60 lb (14–27 kg)
Tinggi Jantan 18–26 in (46–66 cm)
Betina 16–24 in (41–61 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Mountain cur dibawa ke Amerika hampir dua ratus tahun lalu dari Eropah oleh penjajah pergunungan di Ohio, di Virginia, di Kentucky, dan di Tennessee, kemudian di Arkansas dan di Oklahoma, untuk menjaga keluarga dan harta benda serta mengejar buruan ke atas pokok.[4] Anjing ini membolehkan penjajah menyediakan daging dan kulit untuk kegunaan peribadi atau perdagangan, yang menjadikannya berharga di sempadan. Dengan ketibaan Perang Dunia Kedua, banyak keluarga yang telah membiakbakakannya meninggalkan kawasan luar bandar untuk bekerja di kilang dalam usaha perang. Menjelang penghujung tahun 1940-an, baka ini menjadi jarang. Empat orang individu, Hugh Stephens dan Woody Huntsman dari Kentucky, Carl McConnell dari Virginia, dan Dewey Ledbetter dari Tennessee dikreditkan kerana menyelamatkan baka ini daripada kepupusan dan menetapkan piawaian baka mountain cur. Pada tahun 1956, keempat-empat orang ini mengasaskan Original Mountain Cur Breeders' Association. Tidak lama selepas itu, kontroversi mengenai piawaian baka menyebabkan Hugh Stephen dan Carl McConnell meninggalkan OMCBA untuk mengasaskan Stephen Stock Mountain Cur Association.

Penjelajah dan penjaga sempadan di Pergunungan Appalachia, Daniel Boone, membiakbakakan dan membesarkan mountain cur. Seperti ramai peneroka lain di Amerika awal, beliau sangat bergantung pada baka ini sambil menempuh jejak melalui Pergunungan Appalachia, memberikan perlindungan kepada keluarga dan membantu dalam memburu buruan liar.[5] Beliau dikatakan telah malah membawa anak-anak anjing kecil di dalam bakul pelindung semasa dalam ekspedisi ini.

Pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an, mountain view cur dikembangkan daripada mountain cur oleh Michael dan Marie Bloodgood dari Afton, New York selepas Perang Dunia Kedua.

Perihal sunting

Penampilan sunting

Mountain cur ialah anjing berlapis bulu pendek yang terdapat dengan pewarnaan biru, hitam, kuning, perang, atau brindle. Sesetengah individu juga menunjukkan tanda-tanda putih pada muka atau dada.[4][6] Berat biasanya dalam julat 30–60 paun (14–27 kg) dan ketinggian ialah 18–26 inci (46–66 cm) untuk jantan dan 16–24 inci (41–61 cm) untuk betina.[7]

Perangai sunting

Mountain cur adalah cerdas, mudah dilatih, dan tidak ganas mahupun pemalu. Ia diketahui mencuba untuk menggembirakan manusianya dan dapat bergaul dengan baik dengan kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain. Oleh sebab cur ini dibiakbakakan untuk bekerja, jika tidak diberi peluang untuk berburu, menjaga, atau bekerja di sekeliling ladang, ia kadang-kadang menjadi bimbang dan bosan. Walau bagaimanapun, apabila ia mempunyai pekerjaan untuk dilakukan, ia pada umumnya gembira dan patuh.[8]

Kesihatan sunting

Mountain cur dapat hidup sehingga usia 14–16 tahun dan tiada isu kesihatan spesifik baka yang dilaporkan.[8]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: ماءونتن کر

Rujukan sunting

  1. ^ "Mountain Cur". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  2. ^ "Mountain Cur". National Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  3. ^ "Mountain Cur". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  4. ^ a b Smith, Steve (1 September 2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. m/s. 222–223. ISBN 978-1-57223-501-4.
  5. ^ Harris, Wade (26 Februari 2020). "An unbreakable bond". Kentucky Living (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  6. ^ Vickie Lamb (1 November 2006). The Ultimate Hunting Dog Reference Book: A Comprehensive Guide to More Than 60 Sporting Breeds (dalam bahasa Inggeris). Globe Pequot. m/s. 62–63. ISBN 978-1-59228-745-1.
  7. ^ "Mountain Cur Dog Breed Information - Continental Kennel Club". Continental Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
  8. ^ a b De Vito, Dominique; Russell-Revesz, Heather; Fornino, Stephanie (15 Mei 2009). World Atlas of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications. m/s. 592–593. ISBN 978-0-7938-0656-0.

Pautan luar sunting