Muhamad Razak Idris

aktivis kemanusiaan Malaysia

Dr Muhamad Razak Idris ialah seorang aktivis kemanusiaan dan agamawan di Malaysia. Beliau ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia[1] dari 2009 hingga 2011.[2] Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Naim Mokhtar bermula Januari 2023.[3]

Dr.

Muhamad Razak Idris

Ph.D
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Memegang jawatan
Januari 2023
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
2009–2011
Didahului olehYusri Mohamad
Digantikan olehAmidi Abdul Manan

Latar belakang sunting

Muhamad Razak berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan. Beliau ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 2005.[2] Beliau menamatkan pengajian sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1999. Kemudian beliau memperoleh sarjana di Universiti Juba, Khartoum, Sudan pada 2003. Beliau melanjutkan pengajian kedoktoran di Universiti Melbourne, Australia dari 2006 hingga 2010.[2]

Penulisan sunting

Muhamad Razak ada menulis beberapa buah buku, seperti[4]:

  • Idris, Muhamad Razak (2016). Politikal Islam Dan Persimpangan Masa Depan. Ilham Books. ISBN 978-967-130-976-4 Check |isbn= value: checksum (bantuan).
  • Muhamad Razak Idris; Asma Hakimah Ab Halim; Lathifah Ulfa Ismail (2017). Ilmuwan Pencerah Umat: Misi dan Wawasan dalam Kebangkitan Islam di Alaf Baharu. Institut Darul Ehsan. ISBN 9789672066187.

Rujukan sunting

  1. ^ "Najib: Umno tak lemah hingga perlukan PAS". Malaysiakini. 2010-07-14. Dicapai pada 2023-12-13.
  2. ^ a b c "Dr Muhamad Razak Idris". Yayasan Takmir (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-13.
  3. ^ "13 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia hari ini". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-12-13.
  4. ^ "Muhamad Razak Idris". www.goodreads.com. Dicapai pada 2023-12-13.