Muhamad Ali Aman merupakan mantan Setiausaha Agung dan mantan pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), sebuah parti politik utama di Singapura.

Beliau juga merupakan mantan naib pengerusi Perikatan Demokratik Singapura (SDA), satu perikatan politik yang terdiri daripada 4 buah parti politik. Beliau melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan melalui Motivasi, sebuah kumpulan bagi para pemuda Melayu. Memiliki ijazah Sains Komputer dan Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia, Ali merupakan seorang pengarah eksekutif di sebuah firma pengurusan estet.

Ali merupakan bekas ahli kesatuan sekerja dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi cawangan United Workers of Electronic and Electrical Industries yang mempunyai 40,000 ahli. Pada Disember 2002, dia dipecat dari jawatan ini selepas dia enggan mengikuti arahan kesatuan untuk melepaskan keahlian SDA. Kesatuan ini bergabung dengan National Trades Union Congress (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan - NTUC). [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Trade union official sacked for opposition political ties: report". Agence France Presse. 5 Disember 2002.