Muhammad Safwan Jahri

Muhammad Safwan bin Jahri dilahirkan pada (1989-08-23) 23 Ogos 1989 (umur 34) dan berasal dari Gombak, Selangor. Beliau merupakan salah seorang anggota Nice yang aktif pada tahun 2006. Safwan juga merupakan adik kepada Mohd Afendi Jahri, bekas anggota kumpulan UNIC ketika kumpulan itu menghasilkan album pertama pada tahun 2002.

Safwan Jahri
Nama lahirMuhammad Safwan bin Jahri
Kelahiran (1989-08-23) 23 Ogos 1989 (umur 34)
Selangor Gombak, Selangor
Berasal dariMalaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006–kini
Pengkarya berkait
Nice
Kumpulan Aeman

Sebelum menggangotai Kumpulan Nice, Safwan pernah menganggotai kumpulan Aeman yang bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. Namun atas sebab-sebab tertentu, beliau mengundur diri daripada kumpulan Aeman pada tahun 2006. Safwan telah pun melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Rujukan sunting