Mukim Arau merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Perlis.[1]

Mukim Arau
  Mukim Arau
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Keluasan
 • Jumlah33.87 km2 (13.08 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
22,274 orang
 • Kepadatan657.6/km2 (1,703/batu persegi)

Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung.

Pentadbiran sunting

Mukim Arau merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis. Ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kangar. Pusat bagi mukim Arau ialah Bandar Arau yang juga menjadi bandar diraja negeri Perlis. Keluasan mukim Arau ialah 33.87 kilometer persegi dan dihuni kira-kira 22,274 orang (2010).

Geografi sunting

Mukim Arau terletak di bahagian tengah negeri Perlis, bersempadan dengan Mukim Utan Aji, Jejawi dan Sungai Adam di barat, Mukim Oran di utara, Mukim Padang Siding di timur laut serta Mukim Kurong Anai di tenggara.[1][2] Bentuk muka bumi mukim Arau ialah tanah pamah disebabkan lokasinya yang terletak dalam kawasan Dataran Kedah-Perlis.

Demografi sunting

Jumlah penduduk di mukim Arau ialah 22,274 orang mengikut bancian 2010 dengan taburan penduduk 658 orang perkilometer persegi iaitu kategori taburan penduduk padat[3].Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu 87% dari jumlah penduduk.[4]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Bumiputera Melayu 19,386
Bumiputera lain 488
Cina 745
India 467
Lain-lain 988
Bukan warganegara - 200
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun ke atas 738
60-69 tahun 941
50-59 tahun 1,379
40-49 tahun 1,921
30-39 tahun 1,714
20-29 tahun 3,624
10-19 tahun 9,357
0-9 tahun 2,600
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 9,424
Perempuan 12,850

Rujukan sunting